MALAYSIA
Arwah sempat minta tolong dua kali sebelum tertimbus sepenuhnya - Rakan

Raja Daniel Iskandar (gambar kecil) maut akibat tertimbus dalam timbunan tanah dan batu dalam kejadian di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri di sini pada Ahad. - Gambar fail/Sinar Harian
SERI ISKANDAR: Pekerja kontrak Raja Daniel Iskandar Raja Teh Suhaimi yang maut tertimbus semasa kerja pengorekan tanah dan pemasangan paip di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri di sini semalam, sempat meminta tolong sebanyak dua kali.
Ringkasan AI
- Raja Daniel Iskandar, 25, maut tertimbus semasa kerja pengorekan tanah di Bota Kiri, Perak, selepas sempat meminta tolong dua kali sebelum tanah runtuh kali kedua berlaku.
- Mangsa meninggalkan isteri dan anak kembar berusia dua bulan, dan akan dikebumikan di Kuala Terengganu; beliau telah bekerja dengan syarikat pemasangan paip sejak 2019.
- Empat pekerja terlibat dalam insiden, tiga berjaya diselamatkan, manakala Raja Daniel disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 7.59 malam.
Lelaki itu berkata Raja Daniel Iskandar dari Terengganu dan bekerja dengan syarikat pemasangan paip itu sejak 2019, ada menyuarakan hasrat ke Perak beberapa hari sebelum kejadian.
"Jika diikutkan, kerja pemasangan paip pada fasa akhir untuk siap sepenuhnya dan kami dijangka pulang ke Terengganu selepas itu," katanya.
Sementara itu, bapa saudara mangsa Wan Fauzi Wan Ahmad, 60, berkata arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Lama, Kuala Terengganu.
Beliau berkata Raja Daniel Iskandar meninggalkan seorang isteri dan anak kembar berusia kira-kira dua bulan.
Semalam, Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata kejadian 5 petang itu melibatkan empat mangsa dengan tiga daripadanya berusia antara 28 hingga 38 tahun tertimbus pada paras dada dan berjaya dikeluarkan 6.30 petang.
Seorang lagi mangsa tertimbus sepenuhnya dan disahkan meninggal dunia di lokasi selepas dikeluarkan pada 7.59 malam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami