awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN berupaya jadi 'talent pool', namun perlu permudah mobiliti

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
08/04/2025
11:24 MYT
ASEAN berupaya jadi 'talent pool', namun perlu permudah mobiliti
ASEAN perlu perkasa aspek mobiliti supaya tarikan bakat global mampu diperkukuh. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Potensi ASEAN dalam menjadi pusat tarikan bakat global perlu diperkukuh dengan mengatasi kekangan struktur dan dasar yang menyukarkan pergerakan bebas tenaga kerja antara negara anggotanya.
Menurut Lembaga Pengarah, TalentCorp, Raja Hamzah Abidin Raja Nong Chik, perkara itu antara isu yang perlu difokuskan bersama anggota ASEAN dalam menjadikan rantau itu berdaya saing.
Untuk mencapai sasaran tersebut, ujarnya, kerangka dasar yang membolehkan pergerakan bebas tenaga kerja secara lebih mudah dan efisien perlu dibangunkan.
Katanya lagi, Malaysia dilihat semakin menarik minat bakat antarabangsa kerana menawarkan struktur kos yang kompetitif, termasuk kos sara hidup dan kadar sewa kediaman yang jauh lebih berpatutan berbanding negara jiran seperti Singapura.
"Jika kita lihat senarai, tempat mana yang paling selesa untuk tinggal?
"Singapura, ya, selesa tetapi mahal. Jakarta pula ada pencemaran udara jadi tidak begitu menarik.
"Maka, Malaysia masih saya lihat sebagai salah satu tempat yang paling selesa untuk tinggal tetapi anda perlu memperoleh pendapatan yang baik untuk hidup dengan selesa di sini," katanya.
Ujarnya, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini turut menjadi faktor dalam memperlihatkan Malaysia sebagai salah satu negara menarik untuk didiami.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 serta mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Malaysia
#Kuala Lumpur
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan