Kerajaan-kerajaan ASEAN perlu merangka satu pelan yang padu bagi melaksanakan dengan segera langkah-langkah atau "travel bubbles" antara negara-negara yang 'hijau' (jangkitan rendah) di tengah-tengah pandemik COVID-19 bagi meningkatkan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, kemungkinan dalam masa terdekat, rantau ini juga boleh membukakan sempadan bagi pelancongan antara-ASEAN untuk merancakkan dan menyediakan rangsangan kewangan yang amat diperlukan oleh ekonomi.
"Krisis kesihatan awam itu telah memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi dan usaha memulihkan semula ekonomi serantau perlu menjadi keutamaan utama kita untuk mengurangkan gangguan kepada perdagangan dan mengukuhkan ketahanan rantaian bekalan serantau," katanya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 yang diadakan secara maya, hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc. Vietnam merupakan pengerusi ASEAN bagi 2020.
"Malaysia merasakan amat perlu bagi kerajaan-kerajaan kita untuk merangka pelan padu bagi melaksanakan dengan segera langkah-langkah atau "travel bubbles" antara negara-negara ASEAN yang 'hijau' (jangkitan rendah COVID-19) untuk meningkatkan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat kita," kata Muhyiddin.
Seperti yang dicadangkan Malaysia pada April, ASEAN perlu merangka Pelan Pemulihan Ekonomi Serantau, tegas perdana menteri: "Jika kita tidak melindungi ekonomi serantau kita, jurang pertumbuhan yang semakin melebar dalam kalangan negara ASEAN boleh menjejaskan objektif kita mencapai penyepaduan ekonomi yang lebih kukuh."
BACA: Sidang Kemuncak ASEAN secara maya bermula semasa dunia berdepan COVID-19
Rantau ini perlu bertindak pantas dan tegas dalam menyelaraskan tindak balas peringkat serantau bagi menjana semula ekonomi, katanya, sambil menambah, "Tindak balas yang diselaraskan dengan baik akan memastikan kita bangkit bersama-sama daripada krisis ini, seperti bagaimana kita mengharungi krisis sebelum ini."
Muhyiddin juga berkata bersama-sama rakan anggota ASEAN lain, Malaysia akan turut berusaha untuk memuktamadkan dan memeterai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tahun ini.
"Malaysia bersedia untuk berbincang dengan India mengenai penyertaan berterusan negara itu dalam RCEP, yang kami percaya akan dapat menyumbang kepada kemakmuran serantau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020
MUHYIDDIN: Malaysia merasakan amat perlu bagi kerajaan-kerajaan kita untuk merangka pelan padu bagi melaksanakan dengan segera langkah-langkah atau 'travel bubbles' antara negara-negara ASEAN yang 'hijau'. - Gambar fail
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.