awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedai motor pelumba terkemuka Cub Prix terbakar
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN25: Malaysia berjaya percepatkan DEFA, dijangka muktamad pada 2026 – CEO ASLI

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
01/12/2025
13:00 MYT
ASEAN25: Malaysia berjaya percepatkan DEFA, dijangka muktamad pada 2026 – CEO ASLI
Malaysia dorong DEFA bernilai USD2 trilion, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 jadi perhimpunan pemimpin dunia terbesar tahun ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia sebagai pengerusi ASEAN telah menyumbang secara signifikan kepada tindakan menyempurnakan rundingan mengenai Perjanjian Kerangka Ekonomi Digital (DEFA) sepanjang tahun 2025.

Ringkasan AI
  • Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 memainkan peranan penting dalam mempercepat rundingan Perjanjian Kerangka Ekonomi Digital (DEFA) yang dijangka dimuktamadkan tahun depan.MITI mengunjurkan DEFA mampu menjana nilai ekonomi sekitar USD2 trilion menjelang 2030 dengan pelbagai manfaat kepada rantau ASEAN.Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencatat sejarah sebagai perhimpunan pemimpin dunia terbesar tahun ini, susulan boikot AS terhadap G20 dan COP30.

Ketua Pegawai Eksekutif Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), Danial Rahman berkata, perjanjian berkenaan dijangka dapat dimuktamadkan pada tahun depan.
“Usaha untuk integrasikan ekonomi, contohnya melalui Komuniti Ekonomi ASEAN, telah lama bermula. Namun pada tahun 2025, perjanjian atau tindakan ke arah merealisasikan Perjanjian Kerangka Ekonomi Digital (DEFA) telah semakin hampir.
"DEFA dijangka dimuktamadkan tahun depan di bawah kepengerusian Filipina. Namun ia telah dirundingkan secara agresif pada tahun ini di bawah kepengerusian Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Tambahnya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengunjurkan nilai ekonomi yang akan terhasil daripada DEFA adalah kira-kira USD2 trilion menjelang 2030 dengan pelbagai kelebihan akan dicapai.
Dalam pada itu, Danial berkata Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 juga mencipta sejarah tersendiri sebagai persidangan pemimpin dunia terbesar sepanjang tahun ini.
“Fakta menarik, susulan AS boikot Sidang Kemuncak G20 dan Sidang Pihak-pihak ke-30 (COP30) Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC), telah menjadikan ASEAN platform perhimpunan pemimpin dunia paling besar selepas persidangan Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” ujarnya.
Malaysia telah menyerahkan kepengerusian ASEAN kepada Filipina pada 28 Oktober lalu seusai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#MITI
#sidang kemuncak
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan