Skip to main content

Dunia

SPH Media Singapura alami serangan siber, 9 peratus pangkalan data peribadi terdedah

Rangkaian media “omnichannel” Singapura, SPH Media memaklumkan bahawa ia baru-baru ini mengesan serangan siber terhadap lima sistemnya, mengakibatkan sembilan peratus pangkalan data peribadinya terdedah. - Foto hiasan
Rangkaian media “omnichannel” Singapura, SPH Media memaklumkan bahawa ia baru-baru ini mengesan serangan siber terhadap lima sistemnya, mengakibatkan sembilan peratus pangkalan data peribadinya terdedah. - Foto hiasan

Ringkasan AI

  • SPH Media Singapura mengesan serangan siber terhadap lima sistem, menyebabkan sembilan peratus pangkalan data peribadinya terdedah.
  • Syarikat menegaskan tiada maklumat kewangan, kad pembayaran atau kelayakan akaun pelanggan yang terjejas dalam insiden tersebut.
  • Langkah keselamatan segera diambil, pakar luar dilantik, dan insiden dilaporkan kepada pihak berkuasa serta pihak terjejas telah dimaklumkan.
Advertisement

SINGAPURA: Rangkaian media “omnichannel” Singapura, SPH Media memaklumkan bahawa ia baru-baru ini mengesan serangan siber terhadap lima sistemnya, mengakibatkan sembilan peratus pangkalan data peribadinya terdedah.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu memberi jaminan bahawa tiada butiran kad pembayaran, maklumat kewangan atau perbankan, mahupun kelayakan akaun pelanggan yang terjejas.

Menurutnya, serangan siber berkenaan melibatkan dua kumpulan sistem, iaitu sistem yang mengandungi sebahagian data peribadi dan sistem yang tidak menyimpan sebarang data peribadi.

Advertisement

"Bagi kumpulan pertama, maklumat yang terdedah sebahagian besarnya merangkumi alamat e-mel, selain beberapa nama, alamat surat-menyurat dan nombor telefon.

"Kumpulan kedua pula melibatkan akses tanpa kebenaran ke atas sistem yang tidak mengandungi sebarang data peribadi," katanya pada Selasa.

Advertisement

SPH Media berkata pihaknya telah mengambil langkah segera bagi mengukuhkan keselamatan sistem yang terjejas serta melantik pakar keselamatan siber luar untuk menyiasat dan membendung pencerobohan berkenaan.

"Kami turut melaporkan insiden itu kepada Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi, Agensi Keselamatan Siber Singapura, Penguasa Pembangunan Infokom Media serta membuat laporan polis.

Kami juga telah memaklumkan kepada semua pihak yang terjejas mengenai insiden ini dan menasihati mereka tentang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil," katanya sambil menambah bahawa satu notis nasihat telah dimuat naik di halaman utama laman sesawangnya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement