awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN25: Presiden Trump puji kecekapan pasukan keselamatan Malaysia - PM Anwar

Bernama
Bernama
06/11/2025
08:20 MYT
ASEAN25: Presiden Trump puji kecekapan pasukan keselamatan Malaysia - PM Anwar
Anwar berkata Trump menzahirkan penghargaan tersebut semasa lawatan rasmi beliau ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan. - Foto Bernama
CYBERJAYA: Kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bulan lepas, khususnya daripada aspek keselamatan dan pengurusan, telah mendapat pengiktirafan daripada pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata Presiden AS itu turut menyatakan hasrat beliau untuk bertemu sendiri dengan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bagi menyampaikan penghargaannya secara peribadi.
Beliau berkata Trump menzahirkan penghargaan tersebut semasa lawatan rasmi beliau ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan.
"Saya (masih) ingat, Presiden Trump minta kebenaran hendak berjumpa Ketua Polis Negara untuk menyatakan penghargaan kerana tahap pasukan keselamatan kita yang sangat membanggakan," katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata kejayaan Malaysia menguruskan lawatan pemimpin dunia jelas menarik perhatian antarabangsa.
"Tadi, saya ada mesyuarat di pejabat dengan satu daripada kumpulan pelaburan terbesar dunia dari New York... mereka sudah mempunyai beberapa pelaburan awal di sini namun kini mereka merasakan dengan perhatian global dan kejayaan pelbagai pasukan kita, mereka benar-benar kagum bukan sahaja dengan infrastruktur kita tetapi juga dengan keupayaan kita," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Anwar Ibrahim
#kecekapan pasukan keselamatan Malaysia
#Donald Trump
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan