BANGKOK: Pertumbuhan ekonomi digital Asia Pasifik kini dilihat berada di era kegemilangannya, dengan beberapa negara dan rantau giat meneroka aspek kecerdasan sambil menggalakkan pembangunan digital, kata Huawei.
Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan Huawei Sabrina Meng berkata rantau Asia Pasifik bukan sahaja antara rantau yang pesat membangun tetapi turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
"Huawei sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada proses ini. Ia memberikan peluang yang baik kepada kami apabila dapat bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi yang hebat dalam memacu transformasi digital rantau ini.
"Dengan membawa manfaat teknologi digital dan pintar kepada orang ramai di Asia Pasifik, Huawei dapat menggalakkan pembangunan bersepadu ekonomi digital dan sebenar," katanya dalam ucapan perasmian melalui sidang video di Huawei Digital and Intelligent APAC Congress 2024.
Kongres yang dianjurkan bersama Huawei dan ASEAN Foundation di Bangkok pada 29-30 April 2024 ini menarik lebih 2,000 hadirin, termasuk pegawai kerajaan, cendekiawan, rakan kongsi niaga dan penganalisis dari 15 negara dan wilayah Asia Pasifik.
Antara fokus perbincangan pada kongres tersebut ialah penggunaan infrastruktur digital yang canggih bagi mempercepatkan kemajuan digital dan kecerdasan rantau Asia Pasifik.
Sementara itu, Presiden Huawei rantau Asia Pasifik Simon Lin menekankan bahawa landskap digital yang semakin berkembang menuntut lebih daripada sekadar menerima pakai penyelesaian, malah ia memerlukan penyepaduan teknologi yang mendalam ke dalam ekonomi dan masyarakat.
"Memandangkan Asia Pasifik kini menghampiri era kegemilangan pembangunan ekonomi digital, Huawei komited untuk menjadi inovator teknologi, perintis industri dan penyumbang tempatan.
"Bersama-sama dengan hampir 10,000 syarikat dan rakan kongsi awan, kami bersedia untuk mengharungi cabaran ini dalam dan mempercepatkan pendigitalan dan kecerdasan Asia Pasifik," katanya pada kongres itu.
Sepanjang kongres dua hari itu, Huawei akan menganjurkan empat persidangan: Huawei Network Summit, Innovative Data Infrastructure Forum, Global Optical Summit, dan Huawei Cloud Stack Summit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Kongres anjuran bersama Huawei dan ASEAN Foundation di Bangkok ini menarik lebih 2,000 hadirin, termasuk pegawai kerajaan, cendekiawan, rakan kongsi niaga dan penganalisis dari 15 negara dan wilayah Asia Pasifik. - Foto Huawei
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
Landskap pekerjaan Malaysia alami anjakan signifikan, lebih anjal - Deel
Landskap pekerjaan Malaysia mengalami anjakan signifikan ke arah bentuk bukan tradisional, termasuk elemen gig yang bercirikan pekerjaan sambilan dan lebih anjal.
Kementerian Digital terajui usaha transformasi digital agar negara dapat bersaing pantas
Malaysia tidak mampu bersaing dengan pantas mengikut tahap kelajuan yang dicapai oleh negara tanpa memberi fokus dalam bidang digital.
PULSE mohon kerajaan mendigitalkan industri logistik PKS
PULSE mahu bertindak sebagai penyedia latihan bagi mengatasi kekurangan kemahiran dan pendedahan digital dalam kalangan usahawan dan pemain industri logistik kecil dan sederhana.
PM Anwar akan lancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030
Majlis pelancaran itu akan diadakan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sebagai penggerak NIMP.
Industri komunikasi dan multimedia sumbang 8.1 peratus dalam modal pasaran Bursa Malaysia
Kewujudan industri C&M dalam Bursa Malaysia melambangkan kepentingannya sebagai kuasa pemandu di sebalik kemajuan teknologi dan transformasi digital.
UKM sedia laksana sistem pembelajaran hibrid, jadual anjal
UKM bersedia dengan sistem pengurusan pembelajaran yang mantap iaitu UKM-Folio untuk ruang pembelajaran maya bagi pelaksanaan sistem pembelajaran hibrid dan jadual anjal.
Pelaburan RM25.5 bilion AWS bakal tingkat transformasi digital negara - PM Anwar
Anwar berkata, pelaburan AWS ini selari dengan wawasan Malaysia Madani berhubung ekonomi berkemahiran tinggi, inovatif, inklusif dan mampan di mana kekayaan dikongsi dengan lebih saksama.
Pelaburan keselamatan siber yang proaktif penting untuk percepat transformasi digital - Trend Micro
Peruntukan RM10 juta untuk menambah baik operasi NSRC adalah langkah yang dialu-alukan untuk menangani masalah penipuan dalam talian.