KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa negara Asia Tengah seperti Republik Kyrgzytan, Kazakhstan dan Uzbekistan memandang Malaysia sebagai model negara Islam yang baik untuk dicontohi.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana Malaysia mengamalkan sikap sederhana di peringkat antarabangsa selain dasar luar yang bebas termasuk dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.
Mohamad berkata ketika lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ketiga-tiga negara itu Mei lepas, Anwar telah disambut dengan penghormatan yang tinggi oleh perdana menteri kesemua negara tersebut.
"Saya tak pernah lihat Perdana Menteri kita datang, yang menyambutnya perdana menteri di ketiga-tiga negara ini. Itu merupakan satu penghormatan kepada negara kita dan sambutan itu amat mesra sekali dan mereka melihat kita sebagai negara yang boleh dijadikan sebagai contoh atau model.
"Mereka memandang tinggi terhadap kita dan mereka ingin belajar dengan Malaysia, bagaimana untuk mereka bersama-sama membangun sebagai negara yang merdeka daripada Soviet Union," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai pandangan negara Asia Tengah terhadap kepimpinan dan pentadbiran Kerajaan MADANI ketika lawatan rasmi Perdana Menteri ke ketiga-tiga negara itu, baru-baru ini.
Mengambil contoh Kyrgyztan, Mohamad berkata kepimpinan negara itu mahu Malaysia menghantar penasihat bagi membantu dalam membina negara mereka.
"Kementerian Luar sudah menghantar beberapa nama ke Pejabat Perdana Menteri supaya permohonan mereka untuk kita menghantar penasihat bagi membantu mereka merancang ekonomi dan pembangunan dapat dilaksanakan segera," katanya.
Menjawab soalan asal Aminolhuda mengenai hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara berkenaan, Menteri Luar itu berkata hubungan itu membuka potensi kerjasama pelaburan dan perdagangan ke rantau tersebut yang kaya dengan hasil galian atau dipanggil negara blok '5C'.
Hasil pertemuan itu, katanya kesemua tiga negara berkenaan mencadangkan agar Malaysia dan ASEAN menjalin kerjasama dengan blok itu bagi meneroka lebih banyak potensi perdagangan.
"Untuk Malaysia, ahli perdagangan kita perlu ke sana kerana negara mereka kaya dengan hasil galian...mereka menjemput ahli perniagaan dan syarikat kita yang mempunyai kepakaran, kemahiran dan kemampuan untuk meneroka bidang galian.
"Ini satu peluang Malaysia untuk mempertingkatkan dagangan kita dengan negara-negara ini dan membuka ruang usahawan kita menjadi peneroka di negara tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini.- Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.