awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asrama maahad tahfiz terbakar, 74 pelajar hilang tempat tinggal

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2022
15:18 MYT
Asrama maahad tahfiz terbakar, 74 pelajar hilang tempat tinggal
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, semua pelajar tahfiz berkenaan tiada di asrama sebaliknya berada di masjid untuk menunaikan solat tarawih. - Sinar Harian
TAWAU: Kira-kira 74 pelajar Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Rayyaj Bombalai di sini hilang tempat tinggal selepas asrama didiami mereka musnah terbakar pada Sabtu.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, semua pelajar tahfiz berkenaan tiada di asrama sebaliknya berada di masjid untuk menunaikan solat tarawih.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.44 malam.
Katanya, seramai 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 18 kilometer dari BBP Tawau.
"Menurut laporan, asrama madrasah jenis tidak kekal yang menempatkan kira-kira 74 pelajar pelajar tahfiz telah terbakar sebanyak 70 peratus dan operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan.
"Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan difahamkan semua pelajar tahfiz berada di masjid di seberang jalan untuk menunaikan solat tarawih," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.17 malam dan ketika ini operasi memadamkan api sepenuhnya sedang dilakukan.
"Operasi memadamkan bara api masih dijalankan oleh pasukan bomba dengan dibantu lima anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Merotai.
"Maklumat terkini akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#maahad tahfiz terbakar
#solat tarawih
#Tawau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan