MALAYSIA
Asrama pekerja binaan di Seremban terbakar

Kira-kira 30 unit kontena yang dijadikan asrama pekerja tapak pembinaan di Taman Forest Heights di Seremban musnah dalam kebakaran petang semalam. - Foto Bomba
SEREMBAN: Kira-kira 30 unit kontena yang dijadikan asrama pekerja tapak pembinaan di Taman Forest Heights di sini musnah dalam kebakaran petang semalam.
Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Nafi Wahid berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 6.07 petang.
"Kontena yang keseluruhan berkeluasan 300x600 kaki persegi itu musnah kira-kira 80 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat, dan kawasan itu kosong ketika kejadian berikutan pekerja binaan belum pulang daripada bekerja.
"Berdasarkan maklumat daripada pemaju, asrama pembinaan itu menempatkan kira-kira 40 pekerja. Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama di sini malam tadi.Beliau berkata operasi pemadaman membabitkan 18 anggota itu tamat pada 9.16 malam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami