MALAYSIA
Asrama pekerja terbakar: JTKNS buka kertas siasatan

Dalam kejadian Isnin, sebanyak 30 unit kontena dijadikan asrama tapak pembinaan musnah dalam kebakaran. - Gambar fail
SEREMBAN: Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS) membuka kertas siasatan terhadap majikan sebuah tapak pembinaan di sini, susulan kebakaran kontena yang dijadikan asrama pekerja di Forest Heights, Isnin lepas.
Ringkasan AI
- JTKNS membuka kertas siasatan terhadap majikan tapak pembinaan di Forest Heights susulan kebakaran kontena asrama pekerja yang didapati tidak mematuhi Akta 446.
- Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 24D Akta 446 dan pekerja diarahkan berpindah ke penginapan CLQ yang diperakui, dengan 46 CLQ sah tersedia di Negeri Sembilan.
- JTKNS menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu kebajikan pekerja dan akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal mematuhi peraturan, demi keselamatan dan maruah pekerja.
Veerapan berkata terdapat kira-kira 46 CLQ sah di Negeri Sembilan dan majikan yang tidak menyediakan CLQ sendiri boleh memilih daripada senarai disediakan bagi penempatan pekerja mereka.
Beliau berharap kejadian berkenaan tidak berulang dan JTKNS tidak berkompromi dalam kebajikan pekerja termasuk menyediakan penginapan sesuai dan membayar gaji tepat pada masa.
"JTKNS akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang ketidakpatuhan oleh majikan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan maruah pekerja sentiasa terpelihara," katanya.
Dalam kejadian 6.07 petang Isnin, sebanyak 30 unit kontena dijadikan asrama tapak pembinaan musnah dalam kebakaran, namun kejadian tidak melibatkan mangsa kerana pekerja terbabit belum pulang ke kediaman mereka.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami