awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asrama perempuan MITS Kuala Langat terbakar

Bernama
Bernama
04/08/2020
03:09 MYT
Asrama perempuan MITS Kuala Langat terbakar
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi satu minit menunjukkan kejadian kebakaran asrama pelajar perempuan berkenaan. - Sekadar gambar hiasan
Seramai 131 pelajar perempuan terselamat dalam kejadian kebakaran di tingkat tiga bangunan asrama Mahaad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kuala Langat, Banting dekat sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata 27 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, Telok Panglima Garang, KLIA, Pelabuhan Klang serta Seksyen 7 bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.49 pagi.
Beliau berkata kebakaran itu menyebabkan 40 peratus atau kawasan seluas 30x100 kaki persegi asrama pelajar perempuan itu musnah dalam kejadian berkenaan.
"Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 6.24 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' sedang dijalankan. Kesemua 131 pelajar perempuan yang menghuni asrama tersebut berjaya dikumpukan di lokasi selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hafisham berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi satu minit menunjukkan kejadian kebakaran asrama pelajar perempuan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#Klang
#KLIA
#Kuala Langat
#Mahaad Integrasi Tahfiz Selangor
#Media
#media sosial
#MITS
#operasi
#pelajar
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan