awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AstraZeneca usaha tambah bekalan vaksin untuk Asia Tenggara, termasuk Thailand

Bernama
Bernama
24/07/2021
13:08 MYT
AstraZeneca usaha tambah bekalan vaksin untuk Asia Tenggara, termasuk Thailand
AstraZeneca Plc berusaha mendapatkan tambahan bekalan vaksin daripada lebih 20 rangkaian di seluruh dunia untuk dihantar ke Asia Tenggara termasuk Thailand. - Gambar REUTERS
BANGKOK: AstraZeneca Plc berusaha mendapatkan tambahan bekalan vaksin daripada lebih 20 rangkaian di seluruh dunia untuk dihantar ke Asia Tenggara termasuk Thailand.
Pengarah Urusannya, James Teague berkata, kekurangan bahan dan komponen yang diperlukan bagi menghasilkan vaksin menyukarkan pihak syarikat untuk memenuhi permintaan.
"Kami berharap dapat mengimport dos tambahan dalam beberapa bulan lagi," katanya dalam sepucuk surat terbuka kepada rakyat Thailand yang dimuat naik di laman webnya hari ini.
AstraZeneca berkata, rakannya dari Thailand, Siam Bioscience Co Ltd, pengeluar biofarmaseutikal pertama dan tunggal di Thailand, akan menghasilkan 180 juta dos, sebanyak 61 juta dos diperuntukkan untuk kegunaan di negara ini dan selebihnya diedarkan ke negara Asia Tenggara.
Awal minggu ini, Thailand berkata, sedang mempertimbangkan untuk mengenakan had eksport vaksin COVID-19 AstraZeneca keluaran tempatan.
Langkah itu dijangka menjejaskan usaha negara di rantau ini dalam memerangi pandemik.
Sementara itu, Teague berkata, syarikat farmasi itu turut memantau peningkatan jumlah kes COVID-19 di Thailand.
"Saya beri jaminan bahawa keutamaan adalah untuk mengeluarkan dos vaksin yang mencukupi secepat mungkin untuk melindungi anda dan orang tersayang," katanya.
Jelas beliau, vaksin yang dihasilkan di Thailand penting kepada negara jiran.
Selain itu katanya, pada minggu depan AstraZeneca akan menghantar 2.3 juta lagi dos vaksin kepada Kementerian Kesihatan Awam. Setakat ini AstraZeneca telah menghantar sembilan juta dos vaksin.
Sejak program vaksinasi dilaksakan pada 28 Februari, sejumlah 15.7 juta orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos COVID-19. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#vaksin COVID-19
#bekalan vaksin
#Asia Tenggara
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan