awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro AWANI menang Program Pelancongan Terbaik dua tahun berturut-turut

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
09/08/2025
15:39 MYT
Astro AWANI menang Program Pelancongan Terbaik dua tahun berturut-turut
Astro AWANI memenangi Program Pelancongan Terbaik dalam Anugerah Industri Pelancongan 2025.
SUBANG JAYA: Astro AWANI memenangi Program Pelancongan Terbaik dalam Anugerah Industri Pelancongan 2025.

Ringkasan AI
  • Astro AWANI memenangi Program Pelancongan Terbaik Anugerah Industri Pelancongan 2025 buat tahun kedua berturut-turut melalui program #DahSampai.
  • Anugerah anjuran MiTDA dengan kerjasama Tourism Selangor itu sejajar dengan inisiatif Tahun Melawat Selangor 2025.
  • Lebih 100 anugerah diberikan bagi mengiktiraf sumbangan luar biasa pemain industri pelancongan negara.

Penganugerahan ini adalah kejayaan Astro AWANI buat tahun kedua berturut-turut.
Menerusi program dan kempen #DahSampai, Astro AWANI menerbitkan program tersebut bagi mempromosikan tempat-tempat menarik serta keunikan pelancongan di Malaysia.
Tahun jnj, Anugerah Industri Pelancongan dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) dan berkolaborasi dengan Tourism Selangor yang diadakan pada malam Sabtu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapannya berkata, anugerah ini adalah sejajar dengan inisiatif Tahun Melawat Selangor 2025.
Jelasnya, anugerah seumpama ini adalah komitmen untuk memacu pertumbuhan pelancongan yang menyeluruh dan lestari.
Anugerah Industri Pelancongan 2025 memberi penghormatan kepada sumbangan luar biasa kepada pemain industri dalam pelbagai kategori, antaranya Destinasi Terbaik, Peneraju Pelancongan Mampan, Inovasi dalam Perjalanan, Penyedia Hospitaliti Terbaik, Pelancongan Budaya dan Warisan, Kempen Pemasaran Pelancongan dan Kecemerlangan Pelancongan Pengembaraan.
Anugerah itu menyerlahkan daya tahan, kreativiti dan dedikasi mereka yang telah memberi impak ketara kepada industri.
Lebih 100 anugerah disampaikan kepada pemain industri atas kecemerlangan dan sokongan mereka dalam pembangunan industri pelancongan negara.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Program Pelancongan Terbaik
#Anugerah Industri Pelancongan 2025
#Tourism Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan