AstroBIZ: Sorakan bola sepak meriah di “Watch Party” Rockafellers

Benjamin (kanan) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang aktiviti quiz Kahoot yang diadakan ketika acara "Watch Party". -Foto Astro
PETALING JAYA: Bola sepak, makanan dan komuniti kini tidak lagi terpisah, sebaliknya disatukan dalam satu pengalaman yang bermakna.
Ringkasan AI
- Bola sepak, makanan dan komuniti kini tidak lagi terpisah, sebaliknya disatukan dalam satu pengalaman yang bermakna.
- Itulah roh utama di sebalik Astro BizOne Rewards, inisiatif AstroBIZ yang menggabungkan kandungan langsung bertaraf tinggi dengan sokongan kepada pertumbuhan perniagaan tempatan.
- Kali ini, suasana di Rockafellers Kitchen cawangan Jaya One berubah menjadi medan sorakan apabila restoran tersebut diraikan sebagai pemenang hadiah utama kempen Astro BizOne Rewards.
- Kemenangan itu diraikan menerusi penganjuran sebuah Watch Party atau perlawanan bola sepak secara langsung bersama AstroBIZ, sekali gus menarik kehadiran pelanggan setia dan komuniti setempat.

Suasana meriah di sekitar acara "Watch Party" di Rockafellers Kitchen. - Foto Astro
Kemenangan itu diraikan menerusi penganjuran sebuah Watch Party atau perlawanan bola sepak secara langsung bersama AstroBIZ, sekali gus menarik kehadiran pelanggan setia dan komuniti setempat.
Inisiatif Watch Party ini bukan sekadar simbol kemenangan, sebaliknya menjadi gambaran jelas bagaimana AstroBIZ memanfaatkan kandungan langsung berdefinisi tinggi untuk menyatukan peminat bola sepak.
Antara ganjaran promosi yang diterima termasuk liputan berita di Buletin AWANI, iklan radio, ulasan makanan atau ‘Food Review’ serta tayangan langsung acara sukan atau penganjuran ‘watch party’ yang memberikan pendedahan lebih meluas kepada pelanggan restoran dan komuniti dalam satu ruang yang interaktif dan bertenaga.
Pegawai Pemasaran Kumpulan Astro, Benjamin Woo berkata, kempen Astro BizOne Rewards diwujudkan bagi menghargai pengusaha makanan dan minuman yang menjadi tulang belakang ekonomi tempatan, sambil membantu mereka berkembang dalam landskap perniagaan yang semakin kompetitif.
“Sebagai Astro, kami mengaktifkan BizOne Rewards supaya kami dapat menggunakan ekosistem media kami untuk memberikan peniaga-peniaga F&B lebih banyak pendedahan dan kredibiliti.
“Melalui pendekatan ini, mereka dapat menonjol berbanding pesaing lain, menarik lebih ramai pelanggan ke premis dan pada masa sama merapatkan komuniti setempat,” katanya ketika ditemui di Rockafellers Kitchen cawangan Jaya One, di sini.

Benjamin (kanan) ketika sesi pemberian hadiah kepada pemenang aktiviti cabutan bertuah. - Foto Astro
Menurut Benjamin, kekuatan ekosistem Astro yang merangkumi kandungan, platform dan capaian penonton memberi nilai tambah sebenar kepada pengusaha F&B, khususnya dalam memperkenalkan jenama mereka kepada khalayak yang lebih luas serta membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.
Sementara itu, Pengurus Perniagaan Rockafellers Kitchen, Satish Gopal menyifatkan kemenangan tersebut sebagai peluang besar yang membuka ruang baharu kepada penjenamaan restoran berkenaan.
“Pertama sekali, kami sangat berbangga, berasa dihargai dan amat bersyukur atas kemenangan ini.
“Ia merupakan pencapaian terbesar buat kami kerana memberi platform yang sangat baik untuk menarik pelanggan baharu serta memperkenalkan jenama Rockafellers Kitchen kepada pasaran yang lebih luas.
“Mungkin sebelum ini ramai yang belum mengenali Rockafellers Kitchen, namun selepas kemenangan ini, orang ramai akan mula tahu siapa kami,” ujarnya.
Menurut Satish, penganjuran Watch Party bersama AstroBiz membuktikan bagaimana pakej Astro BizOne mampu mencipta pengalaman berbeza kepada pelanggan, sekali gus menjadi tarikan utama kepada pengusaha F&B untuk menyertai kempen berkenaan.
“Kami sangat berterima kasih kepada AstroBIZ di atas inisiatif ini, saya harap komitmen ini akan diteruskan.
“Rockafellers Kitchen ini tempat yang menggabungkan hiburan, makanan dan suasana di bawah satu bumbung, jadi marilah rasai sendiri pengalaman itu,” tambahnya.
Reaksi positif turut dikongsi oleh pelanggan yang hadir. Bagi Shahadat Latif, inisiatif Watch Party seperti ini bukanlah sesuatu yang asing, namun tetap meninggalkan impak.
“Sejujurnya, saya memang mengikuti aktiviti Watch Party ini sejak sekian lama.
“Saya selalu sertai di pelbagai lokasi termasuk Rawang, Pavilion dan banyak lagi tempat. Ini bukan kali pertama dan Astro memang telah melakukan banyak perkara yang hebat.
“Saya sangat suka dengan inisiatif ini,” katanya.
Seorang lagi pelanggan, Mohd Izwan Alias pula melihat acara seumpama ini sebagai suntikan unik kepada perniagaan.
“Ia sangat bagus dan sememangnya membantu perniagaan kerana orang ramai akan datang untuk menonton bola sepak.
Saya harap akan ada lebih banyak acara seperti ini pada masa akan datang,”
“Perlawanan bola sepak sememangnya mampu menyatukan orang ramai tidak kira pasukan apa yang disokong,” ujarnya.

Inisiatif "Watch Party" dianjurkan AstroBIZ merupakan bentuk penghargaan kepada pemenang utama kempen Astro BizOne Rewards atas komitmen memanfaatkan kandungan Astro BizOne di outlet sebagai medium hiburan kepada pelanggan. - Foto Astro
Dengan gabungan kandungan langsung Astro, sokongan pemasaran berterusan dan pengalaman tontonan yang imersif, Astro BizOne Rewards terus membuka peluang kepada pengusaha F&B untuk tampil lebih menonjol, relevan dan berdaya saing.
Jom bersantai bersama AstroBIZ sambil tengok perlawanan bola sepak sambil menikmati makanan-makanan enak dalam suasana meriah/
Gandakan potensi perniagaan anda ke tahap lebih tinggi bersama Astro BizOne/
Langgan sekarang dan rebut peluang menyertai kempen Astro BizOne Rewards bagi siri akan datang/
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan pelbagai inisiatif Astro BizOne, layari biz.astro.com.my .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


