awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekurangan anggota, beban kerja antara faktor ketirisan di pintu masuk negara - KP Imigresen
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967 - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATAM perlu tekankan pembangunan modal insan menyeluruh - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
24/01/2026
01:10 MYT
ATAM perlu tekankan pembangunan modal insan menyeluruh - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah ATAM Hala Tuju 2026-2030, sempena Program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman 2026 di Krabi, malam tadi. --fotoBERNAMA
KRABI (Thailand): Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) memberikan penekanan serius terhadap pembangunan modal insan secara menyeluruh dalam merangka perancangan untuk lima tahun akan datang.
Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah program yang dilaksanakan perlu relevan dengan keperluan semasa berasaskan kemahiran sebenar, keusahawanan, kebolehpasaran kerja serta literasi kewangan dan juga digital.
"Pendekatan bersepadu ini pada saya amat penting dalam usaha kita memastikan golongan asnaf di Perlis bukan sahaja berkemahiran, malah berdaya saing dan berkeyakinan untuk hidup berdikari pada masa hadapan," titah baginda.
Raja Muda Perlis bertitah demikian pada Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah ATAM Hala Tuju 2026-2030 di sini malam tadi, sempena Program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman 2026 yang dilaksanakan di Krabi selama tiga hari bermula semalam.
Untuk rekod, Wilayah Andaman di selatan Thailand itu merangkumi Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun.
Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah aspek tadbir urus, pemantauan dan penilaian perlu juga diperkasakan, dan pada masa sama setiap program perlu diukur berdasarkan hasil dan impak, bukan sekadar bilangan penyertaan atau perbelanjaan.
"Data, analisis dan maklum balas perlu dimanfaatkan bagi menambah baik pendekatan sedia ada dan memastikan dana yang disalurkan dapat diuruskan dengan baik, amanah, telus dan berkesan," titah baginda.
Raja Muda Perlis menegaskan penubuhan ATAM bukan sekadar untuk melaksanakan latihan atau program jangka pendek semata-mata, tetapi sebagai sebuah institusi strategik terbaik yang berperanan mentransformasikan asnaf.
"Daripada bersifat 'kebergantungan' kepada sifat 'keupayaan', iaitu daripada menjadi 'penerima' kepada seorang 'penyumbang'. Justeru, hala tuju yang digariskan hendaklah jelas, berfokus dan berpaksikan impak sebenar kepada kehidupan asnaf," titah baginda.
Terdahulu, baginda dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama kepimpinan dan pihak berkuasa Wilayah Krabi, termasuk Gabenor Wilayah Krabi Angkoon Seelatewakul dan Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Wilayah Krabi (Tentera) Kolonel Pratharn Talapthong.
Pada majlis santapan malam itu, Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis turut berkenan mempromosikan masakan Perlis, iaitu Kurma Daging dan Tahun Melawat Perlis 2024-2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Muda Perlis
#golongan asnaf
#ATAM
#Pembangunan Modal Insan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan