PERHATIAN serius harus diberikan terhadap isu yang melibatkan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara kita.
Isu yang melibat rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara kita tidak boleh dibiarkan berterusan berlaku kerana ia sudah pasti memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara kita.
Rakyat pun sudah muak mendengar isu yang melibatkan rasuah dan salah guna yang kerap kali berlaku dalam negara kita.
Sekiranya kita ingin mewujudkan sebuah negara yang benar-benar bebas daripada rasuah serta salah guna kuasa semua pihak dalam negara kita perlu aktif memainkan peranan masing-masing dengan melakukan proses pemantauan serta tampil berani melaporkan sebarang kegiatan salah laku yang disyaki berkenaan kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses siasatan lanjut dilakukan.
Orang ramai perlu sentiasa sensitif dan peka dengan keadaan sekeliling mereka serta perlu sentiasa rajin bertanya sekiranya terdapat sebarang perkara yang mencurigakan dan tidak masuk akal yang berlaku di sekeliling mereka.
Antara perkara yang boleh memberi kecurigaan pada orang ramai ialah kekayaan luar biasa atau gaya hidup mewah dan keterlaluan yang dipamerkan oleh suspek salah laku rasuah dan salah guna kuasa.
Kekayaan luar biasa atau gaya hidup mewah luar biasa atau keterlaluan yang ada pada mana-mana individu termasuk pada penjawat awam tanpa adanya sebab yang munasabah mengenai punca kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh mereka selalunya akan mengundang rasa syak wasangka atau perasaan curiga kepada setiap manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.
Setiap manusia yang waras pemikirannya akan sentiasa inginkan jawapan terhadap perkara – perkara yang dilihat mereka sebagai perkara yang pelik serta di luar kebiasaan.
Malangnya, kebanyakan rasa syak wasangka dan perasaan curiga berkenaan hanya menjadi buah mulut serta cerita gosip semasa yang tidak membawa sebarang makna tanpa ada sebarang tindakan lanjut diambil terhadapnya.
Daripada menjadi buah mulut serta gosip semasa, adalah baiknya sekiranya rasa syak wasangka dan perasaan curiga terbabit disalurkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti pihak PDRM ataupun SPRM untuk siasatan lanjut dilakukan dengan lebih teratur dan teliti mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dalam negara kita.
Sekiranya terdapat bukti yang mencukupi, pihak berkuasa yang terlibat boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak yang disyaki di dalam mahkamah.
Perlu diketahui, kebanyakan kes yang melibatkan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang melibatkan wang selalunya akan memberi kesan terhadap gaya hidup diri suspek serta ahli keluarga rapat mereka.
Sudah menjadi fitrah setiap manusia untuk berbelanja serta menikmati gaya kehidupan yang lebih selesa setelah memiliki sejumlah wang.
Kebanyakan suspek yang terlibat dalam kes rasuah serta salah guna kuasa ini juga akan mudah tergoda untuk berbelanja wang yang mereka perolehi serta gemar untuk menunjuk-nunjuk pada orang sekeliling segala kemewahan yang dimiliki oleh mereka.
Dengan wujudnya pelbagai jenis media sosial moden pada ketika ini seperti Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter dan lain-lain, segala usaha untuk tunjuk-menunjuk ini akan menjadi lebih kerap dilakukan oleh suspek serta ahli keluarga rapat mereka untuk tujuan tatapan umum.
Rekod sejarah yang melibatkan proses tangkapan yang dilakukan terhadap suspek rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini banyak melibatkan hasil rampasan barangan mewah seperti rumah besar, barang kemas, jam berharga, kenderaan mewah dan lain-lain lagi yang berharga ribuan dan jutaan ringgit.
Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa rata-rata suspek yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini gemar berbelanja mewah diatas hasil kegiatan rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh mereka.
Perubahan ketara hidup seseorang ke arah gaya kehidupan yang luar biasa mewah tanpa adanya sebarang sebab yang munasabah serta yang berlaku dalam sekelip mata dan hasil rampasan segala barangan mewah yang dimiliki dari pihak suspek serta ahli keluarga mereka kelak boleh dijadikan sebahagian daripada bahan bukti di dalam mahkamah bagi menyokong pertuduhan kes yang melibatkan rasuah ataupun penyalahgunaan kuasa.
Pada masa yang sama, kita juga harus berani melakukan perubahan drastik terhadap polisi dan dasar yang ada dalam negara kita bagi membendung rasuah dan salah guna kuasa.
Sekiranya kita tidak melakukan perubahan drastik ini, kegiatan rasuah dan salah guna kuasa akan terus berulang kali berlaku dalam negara kita sekali gus menggugat kedudukan negara kita di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun-tahun akan datang.
Antara cadangan perubahan drastik yang boleh diberi pertimbangan dan perlu dilakukan adalah dengan memastikan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh pihak yang diberi kuasa untuk melakukan sebarang proses pemberian tender dan projek kerajaan diketahui umum dan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
Langkah ini telah diperkenalkan pada era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dulu dan ianya perlu diteruskan dan dimantapkan lagi.
Langkah ini akan memudahkan pihak SPRM memantau setiap harta dan aset yang dimiliki oleh pihak – pihak yang terlibat dengan lebih dekat serta memudahkan sebarang tindakan segera diambil terhadap mana – mana individu yang didapati memiliki harta kekayaan luar biasa secara tiba – tiba tanpa sebab yang logik atau munasabah.
Perubahan drastik lain yang perlu diambil adalah dengan memastikan tiada kakitangan di kementerian dan agensi kerajaan bertugas di tempat yang sama untuk satu tempoh jangka masa yang lama, khususnya kakitangan yang bekerja di unit atau jabatan yang sensitif yang melibatkan pengurusan kewangan dan perolehan aset.
Proses pemindahan kakitangan dari satu tempat kerja ke tempat kerja yang lain ini perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka bertugas di tempat kerja yang sama untuk jangka masa yang lama.
Jika kakitangan berkenaan dibiarkan bertugas terlalu lama sesebuah tempat, ia dibimbangi akan menyebabkan rasuah dan salah guna kuasa akan timbul sekaligus memberi peluang kepada kewujudan sindiket kartel.
Perubahan drastik lain yang perlu diambil adalah dengan memastikan kebebasan sepenuhnya badan penguat kuasa dan penyiasat seperti SPRM itu sendiri.
SPRM perlu dipisahkan sepenuhnya daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan harus dipertanggungjawab sepenuhnya kepada pihak Parlimen di mana sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi memastikan segala aduan yang diterima oleh pihak SPRM disiasat dengan baik dan dan pihak SPRM dapat menjalankan segala tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih lancar, berkesan dan profesional.
Pembongkaran sindiket kartel yang melibatkan tender kerajaan oleh pihak SPRM pada awal tahun ini telah menggugat integriti perkhidmatan awam dalam negara kita.
Sekiranya kita tidak melaksanakan segala langkah drastik seperti yang telah dinyatakan, sukar untuk kita memperbaiki integriti perkhidmatan awam kita yang sudah tercalar ini.
Oleh itu, kita perlu bertindak dengan cepat dan bertindak dari sekarang bagi membendung masalah rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara kita.
* Prof Madya Dr Muzaffar Syah Mallow adalah pensyarah di Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
**Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ialah Ahli Parlimen Muar dan pengasas bersama MUDA serta bekas Menteri Belia dan Sukan.
*** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Muzaffar Syah Mallow, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Fri Oct 01 2021
Perubahan drastik lain yang perlu diambil adalah dengan memastikan kebebasan sepenuhnya badan penguat kuasa dan penyiasat seperti SPRM itu sendiri. -Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Atasi isu rasuah dan salah guna kuasa dengan serius
Proses pemindahan kakitangan dari satu tempat kerja ke tempat kerja yang lain ini perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka bertugas di tempat kerja yang sama untuk jangka masa yang lama.
Diskriminasi terhadap pencari kerja: Apa anda perlu tahu?
Apakah sebenarnya maksud diskriminasi terhadap pencari kerja dan bagaimana ia memberikan kesan kepada ekonomi negara?
Setiap janji manifesto pilihan raya perlu dipenuhi tanpa banyak alasan
Sekiranya manifesto pilihan raya diikat dengan kuasa undang-undang, setiap ahli politik serta parti politik akan lebih mengambil serius terhadap manifesto pilihan raya mereka.
Siaran langsung mahkamah boleh bawa kebaikan serta keburukan
Pihak berkaitan dalam perkara ini perlu berfikir panjang sebelum memberi sebarang keputusan muktamad sama ada untuk membenarkan siaran langsung perbicaraan mahkamah dilakukan ataupun tidak.
Merokok perlu dijadikan kesalahan Syariah
Cadangan berkenaan juga selaras keadaan semasa dalam negara kita yang memberi tumpuan terhadap usaha untuk memantapkan dan memperkasakan undang-undang syariah dan mahkamah syariah.
Kadar baru gaji minimum dibimbangi tidak mampu atasi kos sara hidup
Kadar gaji minimum RM1,100 yang diumum kerajaan dibimbangi masih tidak mampu mengatasi masalah kos sara hidup yang terpaksa dihadapi oleh para pekerja.