awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
20/01/2025
08:03 MYT
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Roslan berkata, keputusan menjadikan Australia sebagai rakan dialog baharu dalam sektor pelancongan sudah dibincangkan bersama dan kini dalam perancangan untuk merealisasikannya. - Bernama
JOHOR BAHRU: Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN sepakat menjadikan Australia sebagai rakan dialog baharu dalam sektor pelancongan.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama dan kini dalam perancangan untuk merealisasikannya.
"Salah satu perkara yang kami bincangkan antara Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN adalah mengenai rakan dialog baharu untuk membangunkan sektor pelancongan.
"Perkara ini dalam perancangan dan kita juga telah mengemukakan sebab-sebab mengapa kerajasama antara ASEAN dan Australia ini bertepatan dengan masanya.
"Alhamdulillah, Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menjayakan perkara ini dan semua Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN telah bersetuju bahawa kita harus memperkukuh lagi kerjasama ini," katanya.
Roslan berkata demikian semasa sidang media sempena hari terakhir penganjuran ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 di sini, hari ini.
Selain itu ujarnya, asas kepada pemilihan tersebut adalah memperluas kerjasama ASEAN dalam sektor pelancongan.
Malah kerjasama itu juga berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
"Asas dia adalah... maklumlah, kalau kita tengok Asia Timur kita ada dah Jepun, China, Korea Selatan dengan Rusia dan kita dah ada dengan India.
"ASEAN tidak tengok (sebelah) timur (sahaja), kita pandang juga ke barat dan utara dan sekarang ni kita pandang ke selatan pula.
"Kita nak pupukkan lagi semangat kerjasama dan kita nak tengok apakah lagi produk-produk pelancongan yang boleh kita kongsi bersama dengan penduduk dari Australia," tambahnya.
Menerusi penganjuran ATF 2025 di Johor Bahru, beberapa sidang dan mesyuarat dianjurkan melibatkan pertemuan Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN dengan beberapa rakan dialog dalam sektor pelancongan melibatkan Japan, China, Korea Selatan dan India.
ATF 2025 yang bermula sejak Rabu hingga 20 Januari ini dianjurkan bagi mempromosikan produk pelancongan serantau dan memudahkan pertukaran pengetahuan serta mewujudkan jaringan.
Ia antara lain bagi meningkatkan kerjasama dengan pemimpin dalam industri pelancongan global bagi menambah jumlan pelancong yang mengunjungi ASEAN.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#pelancongan
#produk pelancongan
#Australia
#Roslan Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan