awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATF 2025: ASEAN setuju promosi destinasi pelancongan kurang dikenali kepada pelancong

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
20/01/2025
09:14 MYT
ATF 2025: ASEAN setuju promosi destinasi pelancongan kurang dikenali kepada pelancong
Roslan berkata, usaha itu bagi membolehkan pelancong tidak hanya tertumpu ke beberapa destinasi yang sudah dikenali. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: ASEAN bersetuju untuk mempromosi kawasan dan destinasi pelancongan yang kurang dikenali di sekitar rantau ini yang berupaya menarik pelancong, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Abdul Rahman.
Ujarnya, usaha itu bagi membolehkan pelancong tidak hanya tertumpu ke beberapa destinasi yang sudah dikenali.
"Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN tidak membincangkan overtourism, tetapi ada membincangkan untuk membuka kawasan-kawasan yang kurang popular.
"(Ini bagi) memberikan akses kepada negara anggota ASEAN untuk tidak hanya tertumpu kepada satu atau dua tempat, tetapi memberi peluang untuk pelancong-pelancong dapat mengambil peluang melawat kawasan-kawasan yang mereka gelar sebagai the secondary and tertiary areas,’’ katanya.
Roslan berkata demikian semasa sidang media sempena hari terakhir penganjuran ASEAN Tourism Forum (ATF) 2025 di sini, hari ini.
Selain itu, ketika ditanya adakah Malaysia berdepan dengan situasi overtourism, Roslan berkata, Malaysia memiliki perancangan dalam memastikan kawasan-kawasan pelancongan di negara ini tidak berdepan situasi tersebut.
"Saya rasa kita (Malaysia) telah merancang tempat-tempat pelancongan dengan baik dan memastikan bahawa kita tidak mengalami masalah pelancongan berlebihan (overtourism).
"Alhamdulillah, masih banyak produk pelancongan yang belum kita perkenalkan kepada pelancong,’’ tambahnya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk P. Manoharan berkata, Malaysia sedang berusaha menangani risiko lebihan pelancong dengan memberi tumpuan kepada amalan pelancongan lestari dan pembangunan infrastruktur bagi melindungi warisan semula jadi dan budaya negara.
Tambahnya, meskipun Malaysia belum menghadapi lebihan pelancong secara meluas, beberapa lokasi pelancongan seperti Semporna, Sabah telah mula berdepan masalah.
Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan memulihara lokasi terbabit di samping meningkatkan infrastruktur di kawasan yang mempunyai potensi besar untuk pelancongar lestari.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#pelancongan
#promosi
#destinasi kurang dikenali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan