awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet basikal dan karate dinobat Olahragawan, Olahragawati Terengganu- 2021/2022

Bernama
Bernama
21/03/2023
04:18 MYT
Atlet basikal dan karate dinobat Olahragawan, Olahragawati Terengganu- 2021/2022
Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya pulang dengan hadiah wang tunai RM7,000, piala iringan, sijil kepujian dan sepasang blazer. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Pelumba basikal Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dan atlet karate, Siti Nur Azwani Nor Azli diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terengganu 2021/2022 malam tadi.
Muhammad Nur Aiman mengungguli anugerah itu selepas menewaskan empat calon lain termasuk atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad manakala Siti Nur Azwani melakar sejarah tersendiri apabila merampas gelaran tersebut daripada bekas pesilat kebangsaan, Siti Rahmah Mohamed.
Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya pulang dengan hadiah wang tunai RM7,000, piala iringan, sijil kepujian dan sepasang blazer dalam majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu (AST) di Wisma Darul Iman, di sini.
Muhamad Nur Aiman berkata anugerah yang pertama kali diterima itu akan dijadikan sebagai pencetus semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan demi pasukan, negeri dan negara pada masa hadapan.
Beliau yang sedang menjalani kem latihan di Sepanyol diwakili ibunya untuk menerima anugerah berkenaan.
Siti Nur Azwani yang sedang belajar di tahun kedua dalam bidang Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula berkata beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah itu, memandangkan calon tersenarai masing-masing memiliki profil serta pencapaian karier sukan yang hebat termasuk di peringkat Olimpik.
"Walaupun rasa seperti tak percaya, Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya. Terima kasih kepada ibu bapa, jurulatih dan rakan-rakan yang banyak memberi galakan serta semangat," katanya yang sedang menjalani latihan persediaan bagi pemilihan ke Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei ini.
Sementara itu, anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan AST 2021/2022 dimenangi atlet Muay Thai, Nor Iman Aliff Rakib dan atlet kanu, Syahida Asyiqin Rusli.
Jaguh basikal dunia yang juga anak kelahiran Dungun, Datuk Azizulhasni Awang turut menerima pengiktirafan bagi kategori Anugerah Khas atas pencapaiannya mengharumkan nama negeri dan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff
#Siti Nur Azwani Nor Azli
#Olahragawan
#Olahragawati
#Anugerah Sukan Negeri Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan