KUALA TERENGGANU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya di negeri-negeri dilanda banjir, diarahkan agar sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku gelombang banjir seterusnya.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun berada dalam keadaan selesa berikutan beberapa negeri sudah semakin pulih daripada bencana banjir, komitmen ATM tidak akan berganjak.
"Setakat ini kerjasama ATM dan MINDEF (Kementerian Pertahanan) dengan agensi serta jabatan-jabatan lain termasuk kerajaan negeri berada pada tahap yang membanggakan.
"Biar pun (banjir) hampir pulih, komitmen ATM kita akan terus bekerjasama rapat dengan setiap agensi... Tumpuan kita sekarang, pasca banjir (lakukan) kerja pembersihan, bantu kerja baik pulih struktur jalan, rumah dan jambatan," katanya pada sidang media Ops Murni di Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) (Para), Kem Seri Pantai, Seberang Takir dekat sini, hari ini.
Beliau sebelum itu mendengar taklimat Ops Murni ATM di Terengganu dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu bersama Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Hishammuddin berkata selain membantu mengeluarkan mangsa banjir dan melakukan kerja-kerja baik pulih pasca banjir, pihak ATM juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan COVID-19 bagi mengekang penularan wabak itu susulan kemunculan varian baharu Omicron.
Beliau berkata tindakan itu sangat penting bagi memastikan penularan COVID-19 khususnya membabitkan varian baharu ini tidak akan menjadi 'tidak terkawal' dalam musim bencana ini.
Sementara itu katanya koordinasi di antara sumber manusia dan pergerakan aset ATM dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dan Daerah di empat negeri yang dilawati beliau iaitu Kelantan, Johor, Pahang dan Terengganu, dilihat sangat baik dan berkesan.
Hishammuddin turut memuji kepimpinan serta koordinasi antara peringkat negeri dan daerah di Terengganu yang dilihat berada dalam keadaan cukup bersedia, dan menguruskan banjir dengan baik.
"Di Selangor pula saya akan turun dan bincang dengan kepimpinan negeri... apa yg mereka lalui bukan perkara biasa dalam konteks banjir, kerana banjir di bandar berbeza dengan air yang naik di kawasan lain.
"Kita akan kaji, belajar daripada pengalaman... Macam Terengganu dah bertahun ada pengalaman (banjir) seperti ini, yang penting jangan cari kesalahan, dekati rakyat dan beri pembelaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022
Hishammuddin berkata walaupun berada dalam keadaan selesa berikutan beberapa negeri sudah semakin pulih daripada bencana banjir, komitmen ATM tidak akan berganjak. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV
Veteran ATM terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga.
Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.
Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai
Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpang di rumah mentuanya.
ATM pastikan kawalan sempadan negara tahap tertinggi - Mohamed Khaled
ATM konsisten dalam memastikan sempadan negara dikawal pada tahap tertinggi demi mengekalkan kedaulatan negara.