awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM laksana rombak, rawat tatakelola pengurusan dan pentadbiran

Bernama
Bernama
16/01/2026
13:00 MYT
ATM laksana rombak, rawat tatakelola pengurusan dan pentadbiran
Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) ATM memandang serius isu tatakelola serta penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam pasukan itu dan sedang melaksanakan langkah rombak dan rawat serta penambahbaikan. - Foto hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memandang serius isu tatakelola serta penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam pasukan itu dan sedang melaksanakan langkah rombak dan rawat serta penambahbaikan.

Ringkasan AI
  • Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) ATM mengambil tindakan serius membetulkan tatakelola dan penyalahgunaan kuasa dalam Angkatan Tentera Malaysia.
  • Langkah rombak dan penambahbaikan dilakukan bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran ATM berlandaskan undang-undang serta menjaga kestabilan institusi.
  • ATM menyeru pegawai dan anggota untuk bersatu, disiplin, serta mematuhi undang-undang dengan penuh keyakinan, sambil menegaskan komitmen terhadap kebenaran dan integriti.

Markas ATM Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan langkah rombak dan rawat serta penambahbaikan itu, dilakukan khususnya dalam hal berkaitan tatakelola pengurusan dan pentadbiran secara teratur, berfakta dan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.
Hal itu disepakati hasil perbincangan JPP yang dianggotai Panglima Tentera Laut selaku Pemangku Panglima Angkatan Tentera Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Azhan Md Othman dan Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.
"Perbincangan ini mencerminkan kesepaduan kepimpinan tertinggi ATM dalam memastikan kestabilan institusi, keutuhan tatakelola serta keyakinan rakyat terhadap pasukan pertahanan negara terus terpelihara.
"Sehubungan itu, JPP memohon agar semua pihak memberi ruang yang sewajarnya kepada ATM untuk memperbetul keadaan melalui mekanisme dan proses yang telah ditetapkan, tanpa sebarang tekanan atau spekulasi yang boleh menjejaskan ketelusan usaha berkenaan," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, JPP menyeru seluruh pegawai dan anggota ATM terus bersatu, berdisiplin serta menaruh keyakinan terhadap proses penguatkuasaan dan kerangka undang-undang sedia ada,
"Sebarang penyaluran maklumat sensitif hendaklah dibuat melalui saluran sah mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
"ATM tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketidakpatuhan kepada undang-undang, peraturan atau nilai teras perkhidmatan dan setiap isu akan ditangani secara adil, telus dan profesional melalui mekanisme sewajarnya," menurut kenyataan itu.
Bagi agensi penguatkuasaan undang-undang negara pula, JPP memohon agar semua pihak berkepentingan menitikberatkan keutuhan ATM sebagai sebuah pasukan keselamatan negara yang memikul amanah mempertahankan kedaulatan tanah air.
Pendekatan yang seimbang, berprinsip dan berlandaskan undang-undang amat penting bagi memastikan keadilan ditegakkan tanpa menjejaskan kestabilan institusi strategik negara.
Sementara itu, ATM dalam kenyataan itu turut memaklumkan pasukan itu menghormati kebebasan orang awam untuk menyuarakan pandangan secara bertanggungjawab sebagai sebahagian daripada amalan demokrasi.
Namun orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidah sahih dan bersifat spekulatif yang boleh mengundang kekeliruan serta salah tafsir yang lebih membawa kemudaratan kepada imej ATM.
"Kepimpinan ATM memberikan sepenuh komitmen untuk bekerjasama dengan pihak berautoriti demi memastikan kebenaran ditegakkan serta keyakinan rakyat terhadap ATM terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
JPP turut memberi jaminan bahawa ATM akan terus berdiri sebagai sebuah institusi pertahanan negara yang profesional, berintegriti dan diyakini, serta kekal komited melaksanakan amanah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Malaysia tanpa sebarang kompromi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Angkatan Tentera Malaysia
#rombakan
#penambahbaikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami