awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman serangan digital - Adly

Bernama
Bernama
10/04/2025
08:52 MYT
ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman serangan digital - Adly
Adly Zahari menyantuni tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu hari ini. - Bernama
KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) giat memperkukuh pertahanan siber bagi menghadapi ancaman dan serangan digital yang semakin kompleks dan berisiko tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
Beliau berkata tahap keselamatan negara menjadi keutamaan Kementerian Pertahanan (Mindef), khususnya dalam menghadapi cabaran keselamatan siber yang semakin mencabar.
"Di peringkat kementerian, kita mempunyai Bahagian Sains dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) yang berperanan mengurus keperluan siber dan teknologi dalam usaha menangani sebarang bentuk ancaman.
"Selain itu, kita juga berhasrat memperluas domain siber melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di Dewan Perniagaan Cina, di sini hari ini.
Menurut beliau, peperangan masa hadapan bukan sahaja tertumpu kepada pertempuran fizikal atau penggunaan aset ketenteraan, sebaliknya turut melibatkan gangguan dan serangan di ruang siber.
Adly berkata pihaknya kini giat membangunkan kekuatan bukan sahaja dari aspek aset, malah turut memberi tumpuan terhadap pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang berkenaan.
"Dalam kalangan pelajar ketenteraan, kita kenal pasti mereka yang mempunyai kemahiran siber yang tinggi untuk diketengahkan sebagai sebahagian daripada pasukan guna tenaga dalam membangunkan keupayaan pertahanan siber negara," katanya.
Beliau berkata usaha berterusan ini penting bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#pertahanan
#serangan siber
#ancaman digital
#Adly Zahari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan