awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM sahkan anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan akibat serangan jantung

Bernama
Bernama
23/05/2024
11:30 MYT
ATM sahkan anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan akibat serangan jantung
Anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. - Foto ihsan ATM
KUALA LUMPUR: Anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berasaskan keputusan bedah siasat Allahyarham yang dijalankan pihak Hospital Hammoud, Saida, Lubnan pada 2.54 petang waktu Lubnan (7.45 malam waktu Malaysia), 19 Mei lepas.
"Keputusan awal bedah siasat telah diperoleh pada 20 Mei 2024 dan hasil bedah siasat tersebut mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat cardiopulmonary arrest due to myocardial ischemia/thrombosis atau serangan sakit jantung," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga memaklumkan pihak MALBATT 850-11 dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Beirut telah menyelesaikan segala urusan berkaitan proses dokumentasi dengan pihak berkuasa Lubnan serta UNIFIL bagi membawa jenazah Allahyarham Faridah pulang ke tanah air.
"Ia bagi tujuan membawa pulang jenazah ke tanah air menggunakan pesawat komersial pada 12.05 tengah hari ini waktu Lubnan (5.05 petang waktu Malaysia) dan dijadualkan tiba di tanah air esok (24 Mei) pada 9.50 malam waktu Malaysia," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu solat jenazah akan dilaksanakan 25 Mei ini pada 5.15 pagi di Pangkalan Udara Subang bagi memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke kampung halamannya di Pendang, Kedah.
ATM memaklumkan jenazah dijangka dibawa menggunakan pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia pada 7 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar, Kampung Tengah, di Pokok Sena, Kedah.
Pada 19 Mei lepas, Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan Faridah meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia.
Menurut kenyataan itu Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah selepas turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba di Lubnan daripada bercuti selama sebulan di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota MALBATT
#lubnan
#Sarjan Faridah Abd Rahman
#serangan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan