awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Au sekat kemaraan Nicol di terbuka Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
10/10/2017
06:23 MYT
Au sekat kemaraan Nicol di terbuka Amerika Syarikat
Ini adalah kemenangan pertama Annie dalam berhadapan dengan Nicol pada perlawanan ke-18 mereka dalam pertandingan Persatuan Skuasy Profesional (PSA). - Foto fail.
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat 2017 setelah tewas kepada pemain Hong Kong, Annie Au dalam perlawanan pusingan kedua di ASB Glass Court, Philadelphia's Drexel University pada Isnin.
Nicol yang merupakan juara dunia lapan kali dan keenam dalam ranking dunia dikejutkan oleh Annie yang menyerlah dalam dua set pertama sebelum Nicol bangkit untuk memperbaiki kedudukan pada set ketiga dan keempat sebelum tewas pada set kelima.
Annie yang merupakan pemain nombor sembilan dunia mengambil masa 56 minit untuk menewaskan Nicol dengan keputusan 11-5, 11-5, 10-12, 8-11 dan 11-7.
Ini adalah kemenangan pertama Annie berhadapan dengan Nicol pada perlawanan ke-18 mereka dalam pertandingan Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
"Saya berasa gembira akhirnya menang ketika menentang Nicol. Kami bertarung dalam banyak perlawanan, beliau mengalahkan saya setiap masa dalam kejohanan PSA, Sukan Asia, kejohanan peringkat Asia, " katanya dalam laman sesawang rasmi kejohanan , www.usopensquash.com.
Pemain berusia 28 tahun itu akan bertemu pemain nombor empat dunia Laura Massaro dari England dalam perlawanan suku akhir, Rabu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annie Au
#Nicol David
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan