awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan di Khyber Pakhtunkhwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Audit: Pertama kali 25 kementerian capai taraf lima bintang

Bernama
Bernama
03/08/2017
08:37 MYT
Audit: Pertama kali 25 kementerian capai taraf lima bintang
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (dua, kiri) menerima buku Laporan Ketua Audit Negara 2016 daripada Madinah (kanan) pada sesi bersama media Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 di Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini. --fotoBERNAMA
Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 merupakan kali pertama kesemua 25 kementerian mendapat penarafan lima bintang, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad.
"Kesemua kementerian mencapai lima bintang ini bukan satu perkara mudah. Ini boleh dikaitkan dengan ketua setiausaha untuk pastikan kepatuhan," katanya dalam Sesi Bersama Media Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1 di sini hari ini.
Pada 2015, katanya, hanya 16 kementerian yang mendapat penarafan lima bintang.
Sembilan kementerian yang tidak mendapat penarafan lima bintang pada 2015 ialah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Kementerian Luar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
"Mereka (sembilan kementerian) telah mengambil kira syor-syor daripada Jabatan Audit Negara dan pastikan semua penentuan yang tidak membolehkan mereka mencapai lima bintang ditambah baik.
"Ini menunjukkan komitmen, kewaspadaan semua ketua setiausaha sebagai pengawal untuk melakukan yang terbaik dan mereka mampu mencapai lima bintang bagi 2016," katanya.
Dalam memberikan penarafan lima bintang, Jabatan Audit Negara akan melihat dokumen dalaman kementerian bagi memastikan ia sistematik dan mempunyai pengurusan kewangan berkesan yang ditentukan mengikut undang-undang.
"Selain itu, rekod perlu diselenggara dengan baik dan sentiasa dikemas kini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian
#Ketua Audit Negara
#Laporan Ketua Audit Negara 2016
#lima bintang
#Madinah Mohamad
#penarafan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan