awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AUKU perlu dipinda, bukan dimansuh - MPPK

Bernama
Bernama
08/03/2023
13:47 MYT
AUKU perlu dipinda, bukan dimansuh - MPPK
Pindaan terhadap AUKU perlu bagi memastikan pemerkasaan, autonomi dan kesatuan mahasiswa dapat direalisasikan sebaiknya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) perlu dipinda dan bukannya dimansuhkan, menurut Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
MPPK dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pindaan terhadap AUKU perlu bagi memastikan pemerkasaan, autonomi dan kesatuan mahasiswa dapat direalisasikan sebaiknya, memandangkan ketika ini terdapat beberapa perkara di dalam akta berkenaan yang masih menyekat pergerakan dan hak mahasiswa.
"Relevansi MPPK menggesa supaya AUKU perlu dipinda sahaja adalah kerana dengan peruntukan sebanyak 27 Seksyen dan dua jadual, ia dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu Permulaan, Pelajaran Tinggi, Pentadbiran, Universiti, Kolej Universiti, Daftar dan Pengkalan Data dan Am.
"Hanya terdapat dua Seksyen sahaja yang secara khusus memperuntukkan aspek mahasiswa iaitu Seksyen 15 dan 16, termasuk Perkara 48 Jadual Pertama yang menyebut aspek Majlis Perwakilan Pelajar," menurut kenyataan itu.
MPPK juga berpendapat, pindaan itu perlulah diselarikan dengan modul kesatuan pelajar yang sedang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dalam memberi hak dan kuasa mahasiswa untuk mengurusnya sendiri.
"Namun, perlu ada satu kayu ukur yang jelas untuk universiti melihat kebebasan itu, supaya tidak disalahgunakan mahupun mengundang lebih banyak keburukan, terutamanya sikap dan tatacara para mahasiswa," katanya.
Dalam pada itu MPPK berpandangan, analisis dan mitigasi risiko perlu dijalankan disusuli dengan perangkaan pelan serta panduan untuk mahasiswa dan universiti, sekiranya pemansuhan AUKU dilakukan.
"Dalam keadaan ini, kewajaran memansuhkan AUKU perlu diteliti bagi setiap peruntukan, bukan sahaja melibatkan mahasiswa malah universiti sendiri bagi mengelakkan sebarang bahana.
"Kami juga ingin menegaskan agar isu ini tidak ditunggang oleh mana-mana parti politik... kerana perkara ini melibatkan keseluruhan Institusi Pendidikan Tinggi, jadi wajarlah hanya dibincangkan oleh pihak berkepentingan sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AUKU
#pindaan
#mahasiswa
#MPPK
#pelajar universiti
#Akta Universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan