awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia
Micron beli kilang pengeluaran cip semikonduktor Powerchip Taiwan bernilai AS$1.8 bilion
JPA laksana kajian impak AI terhadap perjawatan perkhidmatan awam - KPPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia minat teroka peluang pelaburan di Perlis - Pesuruhjaya Tinggi

Agensi
Agensi
20/01/2026
04:15 MYT
Australia minat teroka peluang pelaburan di Perlis - Pesuruhjaya Tinggi
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (kiri) berkenan menerima menghadap Danielle Heinecke (dua dari kanan) di Istana Arau, pada Isnin. Turut berangkat Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kiri) dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen. - Gambar Bernama
ARAU: Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danielle Heinecke menyatakan minat untuk meneroka potensi pelaburan di Perlis, terutamanya dalam sektor perindustrian dan pembangunan Pelabuhan Darat Perlis (Perlis Inland Port, PIP).
Beliau berkata, pihak Suruhanjaya Tinggi Australia bersedia membantu menyalurkan maklumat kepada syarikat Australia yang berhasrat meninjau peluang pelaburan di negeri itu.
“Kami akan cuba berkongsi lebih banyak maklumat dengan syarikat-syarikat yang berminat dan berharap dapat menarik syarikat Australia datang melihat sendiri peluang pelaburan di Perlis,” katanya.
Heinecke yang diiringi Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, Angela Rendall, menjelaskan, lawatannya ke Perlis merupakan kunjungan pertama ke negeri itu dan memberi ruang untuk memahami dengan lebih dekat potensi pelaburannya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, malam tadi.
Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Selepas sesi menghadap, baginda berkenan meraikan Heinecke dalam satu majlis santapan malam.
Heinecke berada di Perlis sejak semalam bagi lawatan kerja dua hari yang merangkumi taklimat Pembangunan Negeri oleh Bahagian Perancang Ekonomi Perlis dan Pihak Berkuasa Koridor Utara, kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah dan menyertai program Kayuhan MAIPs Peduli bersama Tuanku Raja Muda.
Beliau turut mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, menyampaikan ucaptama dalam Ambassador Talk Series bertajuk “Strengthening Australian and Malaysian Ties Through Education” di UniMAP, mengadakan perjumpaan bersama alumni pelajar Australia di Perlis serta mengadakan perbincangan kerjasama bersama kepimpinan tertinggi institusi pengajian tinggi di negeri itu
Lawatan tersebut dijangka membuka lebih banyak ruang untuk kerjasama ekonomi, pendidikan dan pembangunan antara Australia dan Perlis.
Topic Berkaitan
#Australia
#Perlis
#peluang pelaburan
#Danielle Heinecke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan