awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia sumbang dana RM9 juta untuk program COVID-19 - KKM

Bernama
Bernama
16/02/2023
14:42 MYT
Australia sumbang dana RM9 juta untuk program COVID-19 - KKM
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata pendanaan berkenaan adalah melalui Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merakamkan penghargaan kepada kerajaan Australia atas pendanaan RM9 juta untuk program COVID-19 negara.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini berkata pendanaan berkenaan adalah melalui Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
"KKM amat mengalu-alukan kerjasama, terutama dalam bidang penyelidikan kesihatan," katanya.
Hari ini, beliau menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee di Parlimen, sewaktu sesi rehat sidang mesyuarat.
Katanya pertemuan itu membincangkan isu dan hala tuju berkait dengan sektor kesihatan serta kerjasama erat antara Australia dan Malaysia dalam bidang kesihatan.
"Pertemuan sebegini merupakan satu usaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala yang bakal memberi manfaat bersama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Dr Zaliha Mustafa
#Australia
#sumbang dana COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan