awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Autogate kembali beroperasi secara berperingkat - AKPS

Bernama
Bernama
19/07/2025
15:17 MYT
Autogate kembali beroperasi secara berperingkat - AKPS
AKPS mengesahkan gangguan sistem sejak semalam berpunca daripada gangguan integrasi data yang menyebabkan proses semakan silang dalam sistem MyIMMS menjadi perlahan.
PUTRAJAYA: Sistem pagar automatik (autogate) bagi pelawat asing, yang mengalami gangguan sejak semalam, mula beroperasi secara berperingkat pada 6 petang tadi.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan malam ini memaklumkan sistem itu bagaimanapun masih belum pulih sepenuhnya.
"Kerja-kerja pembaikan dan penstabilan sistem masih lagi diteruskan bagi memastikan ia dapat kembali beroperasi pada kapasiti optimum," menurut kenyataan itu.
Menurut AKPS keadaan di semua pintu masuk utama negara yang terjejas dengan kegagalan sistem tersebut adalah terkawal dan langkah mitigasi diteruskan bagi memastikan aliran pergerakan pelawat asing kekal lancar.
"AKPS akan terus memastikan sistem kembali pulih bagi memastikan pengoperasian harian pelawat asing keluar masuk ke pintu utama negara dalam keadaan terkawal dan selamat," menurut agensi itu.
Petang tadi, AKPS mengesahkan gangguan sistem sejak semalam berpunca daripada gangguan integrasi data yang menyebabkan proses semakan silang dalam sistem MyIMMS menjadi perlahan.
Kesesakan dan barisan menunggu yang panjang dilaporkan di beberapa lokasi utama termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor.
Susulan itu, AKPS memaklumkan langkah mitigasi telah diambil bagi melancarkan aliran pelawat termasuk pengaktifan semua kaunter manual dan penugasan anggota tambahan di pintu masuk terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#autogate
#Gangguan Perkhidmatan
#AKPS
#penstabilan sistem
#sistem gagal
#KLIA
#CIQ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan