Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan mula dikuatkuasakan 15 April ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tempoh percubaan akan dilaksanakan selama dua minggu bermula 1 April.

"Dalam tempoh percubaan ini, tiada mata dimerit akan dikenakan tetapi pemandu yang melakukan kesalahan akan diberi amaran.

"Sistem dimerit (KEJARA) ini akan berkuatkuasa 15 April yang diintegrasikan bersama sistem AES," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Badan Bukan Kerajaan Global Berkaitan Keselamatan Jalan Raya di sini hari ini.

Tambahnya, usaha menambah kesedaran tentang keselamatan jalan raya akan diperluas ke peringkat pra sekolah.

"Silibus subjek keselamatan jalan raya di peringkat prasekolah sedang didrafkan," tambahnya.