awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awtar Singh mohon maaf secara terbuka kepada Muhammad Salim, MCMC

Bernama
Bernama
10/09/2025
21:45 MYT
Awtar Singh mohon maaf secara terbuka kepada Muhammad Salim, MCMC
Awtar Singh membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya dalam satu video di TikTok pada 17 April lepas yang menyentuh reputasi MCMC serta Pengerusinya, Muhammad Salim Fateh Din.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua MIC Bahagian Puchong, Awtar Singh membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya dalam satu video di TikTok pada 17 April lepas yang menyentuh reputasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Salim Fateh Din.
Dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikToknya, Awtar berkata, beliau kesal dengan tuduhan tidak berasas yang dibuatnya sebelum ini dan mengakui kenyataan tersebut telah mencemarkan nama baik serta menggugat kepercayaan awam terhadap Muhammad Salim dan MCMC.
"Saya ingin merakam permohonan maaf ini secara khusus kepada Muhammad Salim, keluarga beliau serta semua pegawai dan kakitangan MCMC yang terkesan secara langsung atau tidak langsung akibat kenyataan saya yang tidak berasas itu," katanya.
Awtar berkata, dakwaannya sebelum ini bahawa MCMC gagal mengambil tindakan terhadap kegiatan sindiket penipuan menggunakan telefon bimbit tidak berdaftar adalah tidak benar, tidak adil dan dibuat tanpa memahami fakta sebenar.
Beliau kesal dengan kenyataan dalam video di akaun TikTok itu dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya pada masa akan datang, termasuk tidak memuat naik, menyiarkan atau menerbitkan apa-apa kenyataan atau kandungan berkait isu yang boleh menjejaskan reputasi MCMC atau pengerusinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Awtar Singh
#Awtar Singh mohon maaf
#Muhammad Salim Fateh Din
#Pengerusi MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan