Astro Publication
Thu Aug 14 2014
Di Malaysia, kalau ada kereta baru yang berharga bawah RM40,000, hanya ada satu suspek yang boleh dikaitkan dengannya – Perodua. Dan apabila mereka mengumumkan bahawa tempahan untuk model terbaharu mereka yang dinamakan Axia sudah dibuka, dan pada harga permulaan RM24,900, kami agak kagum. Ini meletakkan harga permulaannya hampir serupa dengan Viva sedia ada.
Perodua juga menjelaskan bahawa Axia adalah model pertama di Malaysia yang diiktiraf sebagai model EEV (Energy Efficient Vehicle), kelas kenderaan yang diwujudkan menerusi pengenalan National Automative Policy (NAP) 2013.
Sebagai sebuah EEV, Perodua berhak untuk mendapat insentif tambahan daripada kerajaan, cuma bentuk insentif itu tidak diketahui. Pihak Perodua berkata bahawa Axia berpotensi untuk merekod perjalanan sejauh 21.6km/liter ataupun 4.63 liter/100km.
Model ini mempunyai 4 varian: Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance. Buat pertama kali untuk Perodua, ia datang dengan waranti selama 5 tahun.
Tidak ada lagi penerangan mendalam mengenai Axia ini kecuali ia mempunyai ruang kargo sebesar 260 liter yang cukup besar untuk menyimpan 4 beg perjalanan.
Pemasangan kereta ini dibuat di kilang Perodua baru yang lebih moden serta ramah alam sekitar. Antara faktor penyumbang kepada pencapaian ini adalah penggunaan formula cat berasaskan airnya, yang kurang abrasif berbanding cat berasaskan pelarut yang digunakan sekarang. Penggunaan automasi juga meningkatkan kualiti sambil mengurangkan kos.
Tempahan untuk model Perodua Axia boleh dilakukan di mana-mana 180 bilik pameran Perodua di seluruh negara bermula Jumaat, 15 Ogos 2014. Jumlah bayaran muka minima adalah antara RM250-RM300, mengikut varian.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
33,000 unit Axia sudah ditempah
Dan sekolah memandu pertama mendapat tempahan gred Standard E mereka
Kenderaan Cekap Tenaga – apa itu?
Axia adalah EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) Malaysia yang pertama. Tapi apa faedahnya untuk pembeli? Apa maksudnya untuk Perodua?
Pemerhatian pertama: Perodua Axia
Sekadar pandu uji yang singkat, tetapi ia produk yang sangat positif
Axia namanya. Tempahan boleh dibuat sekarang
Disebut A-zee-a; harga bermula dari RM24,900. Tarikh majlis pelancaran rasmi belum diberitahu