KUALA LUMPUR: Di sebalik imejnya yang tidak asing lagi dengan ketegasan membanteras jenayah, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, menonjolkan sisi berlainan apabila mempamerkan kemahiran menebar roti canai pada program Singgah Sahur Kelab Media Johor (KMJ),di Johor Bahru, awal pagi tadi.
Pada program itu, kemahiran Ayob dilihat masih tidak luntur ketika beliau tanpa rasa kekok menebar dua biji roti canai sambil bergurau mesra dengan pengamal media pada program santai berkenaan.
Kata Ayob, kemahiran menebar roti canai itu dimiliknya sejak kecil ketika membantu bapanya di sebuah kedai makan di Pendang, Kedah.
"Saya belajar tebar roti canai ini pada tahun 1978 waktu itu saya berumur 12 tahun, membantu orang tua saya di kedai makan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Satu rakaman video pendek berdurasi 64 saat memaparkan 'aksi' beliau menyediakan juadah kegemaran segenap lapisan rakyat Malaysia itu juga turut tersebar di media sosial.
Pada program itu, beliau menyambut kehadiran rombongan KMJ diketuai Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, yang turut diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang.
Ayob Khan berkata, penganjuran seumpama itu secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara kerajaan negeri, agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan industri media.
"Kerjasama sebegini dapat memantapkan lagi sebarang penyaluran maklumat, termasuk aktiviti yang berkaitan.
"Sumbangan media dari segi laporan berita yang dikongsikan berhubung kejayaan polis Johor, amat besar ertinya.
"Dalam kalangan kontinjen selain Bukit Aman, Johor ialah antara yang paling tinggi dari segi perkongsian media meliputi laporan kejayaan besar dicapai polis negeri ini.
"Ia adalah sumbangan media dalam membantu menaikkan imej PDRM di Johor," katanya kepada pemberita selepas program itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini.
Hakim Rahman
Sat Apr 24 2021

Ayob menunjukkan kemahiran menebar roti canai pada program Singgah Sahur Kelab Media Johor (KMJ) di Majis Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, awal pagi tadi. - Foto astro AWANI

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Mei 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis Johor keluar 1,448 saman trafik, langgar lampu isyarat kesalahan tertinggi
Kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah rekodkan jumlah saman tertinggi, iaitu sebanyak 547 saman, diikuti 475 saman kerana memandu melebihi had laju.
AWANI 7:45 [15/5/2025] – Permohonan reman ditolak| Tragedi babitkan kenderaan berat meningkat| Rundingan menjelang PRN Sabah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
- Kehilangan Pamela Ling, suami bergelar Datuk Seri ditahan
- Nahas FRU, Sultan Selangor titah kerajaan perlu ambil tindakan segera dan tegas
- Pengenalan platform baharu tangani isu jemaah haji sesat
- Pempengaruh maut ditembak ketika siaran langsung TikTok
- Kehilangan Pamela Ling, suami bergelar Datuk Seri ditahan
- Nahas FRU, Sultan Selangor titah kerajaan perlu ambil tindakan segera dan tegas
- Pengenalan platform baharu tangani isu jemaah haji sesat
- Pempengaruh maut ditembak ketika siaran langsung TikTok

Lebih 2,000 tan metrik sisa pepejal dikumpul setiap hari di KL, pelan ke arah Sifar Sisa 2040
Jumlah itu melibatkan kos pengurusan mencecah RM220 juta setahun yang ditanggung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malaysia nyata komitmen tiada manipulasi pekerja Bangladesh - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan tiada manipulasi, eksploitasi atau penipuan pekerjaan terhadap warga Bangladesh di negara ini.

ASEAN kukuh berlandaskan keneutralan dan penglibatan - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pendekatan berkenaan telah membolehkan rantau ini kekal aman dan berdaya tahan ekonomi meskipun wujud ketegangan global yang meningkat.

Pelatih PLKN 3.0 sesi 2/2025 perlu lapor diri sebelum 12 tengah hari esok - JLKN
Individu yang terpilih sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Sesi 2/2025 perlu melapor diri selewat-lewatnya 12 tengah hari esok seperti ditetapkan dalam surat panggilan rasmi.

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia muncul juara regu benam Thailand dengan straight set
Segalanya menjadi buat Malaysia apabila memadamkan cabaran musuh ketat, Thailand, dengan straight set di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Cadangan kekalkan bayaran bulanan pesara Lantikan Tetap Bercarum bantu elak jadi mangsa penipuan
Cadangan mengekalkan pembayaran bulanan bagi Lantikan Tetap Bercarum di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), dapat mengelak pesara menjadi mangsa penipuan.

PDRM kenal pasti langkah tambah baik keselamatan pergerakan anggota guna trak
Polis Diraja Malaysia kini mengenal pasti langkah penambahbaikan keselamatan bagi petugas yang bergerak menggunakan trak.

KDN komited tambah baik aset PDRM dan agensi - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited untuk terus menambah baik aset pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi di bawah kementerian itu.

Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,000 berkaitan kes dadah.

Nahas trak FRU: Penghormatan terakhir untuk semua mangsa selesai
Kesemua keranda jenazah dan jasad yang tiba pada 3.13 pagi dari IPD Hilir Perak itu dilitup dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

Nahas trak FRU: Waris terima pampasan dan bantuan hingga RM269,700
Waris kepada sembilan anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pagi tadi akan menerima bantuan kewangan antara RM58,000 hingga RM269,700.

PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara
Pergerakan Pamela untuk ke luar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa mereka menjalankan siasatan ke atasnya.

Op Pintas Mega: 85 diselamat, 175 ditahan dalam operasi seluruh negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan 85 individu termasuk warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dalam Op Pintas Mega di seluruh negara semalam.

Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di Lembah Klang
Polis menyelamatkan 16 individu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa dalam beberapa sektor pekerjaan menerusi Op Pintas Mega.

Penculikan Pamela Ling: Polis sahkan lima kereta digunakan, lapan suspek terlibat
Polis mengesahkan lima kereta terlibat dalam kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, berbanding tiga yang disyaki sebelum ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Mei 2025.