awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayuh rakyat Malaysia, kutuk Zionis Israel! - PM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/10/2023
03:50 MYT
Ayuh rakyat Malaysia, kutuk Zionis Israel! - PM
Anwar menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersatu sebagai satu pasukan yang padu dan utuh dalam memperjuangkan isu Palestin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menyatakan pendirian tegas mengutuk serangan rejim Zionis Israel ke atas Palestin pada Perhimpunan Bersama Palestin yang bakal diadakan, pada malam Selasa.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bersatu sebagai satu pasukan yang padu dan utuh dalam memperjuangkan isu Palestin dalam perhimpunan yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu.
"Kita tuntut gencatan senjata, hentikan serangan, mudahkan bantuan kemanusiaan, noktahkan kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang telah dialami selama ini. Jumpa malam nanti!" katanya dalam satu kenyataan di laman media sosial pada Selasa.
Mari bersama nyatakan pendirian tegas mengutuk pembantaian Zionis Israel ke atas Palestin malam ini sebagai satu pasukan yang berpadu dan utuh. Kita tuntut gencatan senjata, hentikan serangan, mudahkan bantuan kemanusiaan, noktahkan kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang pic.twitter.com/fUiNi6zZ6q
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 24, 2023
Pada Isnin lalu, Anwar yang baharu pulang daripada lawatan kerja ke Arab Saudi, Turki dan Mesir mengajak rakyat Malaysia menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.
Menerusi poster dikongsi dalam hantaran itu, perhimpunan itu dijadualkan berlangsung mulai jam 7.30 malam hingga 10.30 malam.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Palestin
#Perhimpunan Bersama Palestin
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan