awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azalina tegur menteri kewangan, timbalan tiada dalam Dewan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2020
09:50 MYT
Azalina tegur menteri kewangan, timbalan tiada dalam Dewan Rakyat
Azalina bersetuju dengan soalan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer yang ingin tahu di mana menteri kewangan atau timbalannya berada ketika sesi berlangsung. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ketidakhadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan dua timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Mohd Shahar Abdullah mendapat perhatian Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman.
Azalina menegaskan sekiranya menteri tidak dapat hadir, timbalannya perlu berada dalam Dewan Rakyat mendengar perbahasan tentang Belanjawan 2021.
Timbalan Speaker itu menjelaskan, beliau bersetuju dengan soalan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang ingin tahu di mana menteri kewangan atau timbalannya berada ketika sesi berlangsung.
“Saya setuju dengan apa dikatakan Rayer sebelum ini dan saya percaya sama ada menteri kewangan (Tengku Zafrul) atau timbalannya harus berada di sini untuk mendengar perbahasan belanjawan.
“Saya tahu semua orang sibuk tetapi belanjawan adalah isu penting. Namun, saya tidak melihat ada menteri di sini.
“Para penyokong kerajaan perlu sampaikan hal ini kepada mereka,” kata Azalina pada akhir sesi persidangan hari ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Perikatan Nasional (PNBBC) Datuk Seri Shahidan Kassim mencelah dan memaklumkan bahawa beliau difahamkan menteri dan timbalannya menghadiri mesyuarat.
Sebelum itu, Rayer membangkitkan hal sama kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, yang menjelaskan tiada peruntukan mewajibkan menteri atau timbalannya mesti berada di Dewan Rakyat ketika perbahasan belanjawan yang telah dibentangkan.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Dewan Rakyat
#Timbalan Yang Di-Pertua
#Tengku Zafrul Aziz
#Abdul Rahim Bakri
#Mohd Shahar Abdullah
#bahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan