awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azam Baki dianugerahkan Profesor of Practice AeU

Bernama
Bernama
22/05/2025
22:50 MYT
Azam Baki dianugerahkan Profesor of Practice AeU
Azam (dua, kanan) menerima anugerah Professor of Practice AeU daripada Syed Jalaludin (dua, kiri) pada satu majlis menandatangani MoU antara SPRM dan universiti itu, di Kuala Lumpur, pada Khamis. - Facebook SPRM
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dianugerahkan Professor of Practice Asia e University (AeU) sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SPRM dan universiti itu, di sini, pada Khamis.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, penganugerahan itu disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah AeU, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Halim sebagai mengiktiraf pengalaman lebih tiga dekad Azam dalam bidang integriti selain memacu agensi antirasuah itu ke arah mencapai misi dan visi dengan komitmen terhadap keadilan.
Menurut kenyataan itu, Azam dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas pengiktirafan yang diterima khususnya dan kepada SPRM secara am.
Sementara itu, Pengarah Kanan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Mohd Hafaz Nazar dalam ucapannya berkata, penganugerahan dan pemeteraian MoU berkenaan akan membuka ruang kepada kerjasama baharu dalam pencegahan rasuah.
"Tujuan kerjasama ini diadakan adalah untuk melahirkan pegawai-pegawai SPRM yang berpendidikan tinggi melalui program Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL.Q) sekali gus memainkan peranan penting dalam sektor pendidikan dan pelaksanaan polisi antirasuah," katanya.
Pada majlis itu, SPRM diwakili Mohd Hafaz manakala AeU diwakili Naib Canselor Profesor, Dr Noor Raihan Ab Hamid dengan disaksikan oleh Azam serta pengasas merangkap Presiden AeU, Profesor Datuk Dr Ansary Ahmed.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Professor of Practice
#Asia e University
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami