awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azhar perjelas isu henti 10 minit sidang Dewan Rakyat undi belah bahagian

Bernama
Bernama
18/08/2020
05:35 MYT
Azhar perjelas isu henti 10 minit sidang Dewan Rakyat undi belah bahagian
Azhar menegaskan pada 11 Ogos lepas, beliau telah memasyhurkan untuk memberi masa secukupnya kepada Ahli Parlimen untuk hadir ke Dewan Rakyat ketika proses undi belah bahagian dijalankan. - Gambar fail
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menjelaskan kekeliruan yang berlaku semalam apabila beliau meninggalkan persidangan selepas menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat selama 10 minit sebelum pengundian belah bahagian dilakukan.
Azhar menegaskan pada 11 Ogos lepas, beliau telah memasyhurkan untuk memberi masa secukupnya kepada Ahli Parlimen untuk hadir ke Dewan Rakyat ketika proses undi belah bahagian dijalankan dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 serta jarak antara blok Parlimen dan blok pentadbiran.
"Saya tak dapat feedback negatif pun (pada 11 Ogos) tetapi sayangnya apabila saya kata begitu (semalam) suara saya telah ditenggelami di dalam lautan keghairahan YB (Yang Berhormat) yang mengambil bahagian dalam undi belah bahagian.
"Oleh itu, saya harap tak timbul lagi kekeliruan seperti ini," katanya selepas sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Semalam, Azhar yang mempengerusikan sidang itu memerintahkan undi belah bahagian bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 46 (4) Dewan Rakyat dan loceng dibunyikan selama dua minit.
Sebelum proses undian berlangsung, Azhar menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat itu selama 10 minit dan meninggalkan dewan sehingga mengundang rasa tidak puas hati ahli Dewan Rakyat di blok pembangkang yang mempersoalkan tindakannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azhar Azizan Harun
#Dewan Rakyat
#operasi
#Parlimen
#pembangkang
#rakyat
#SOP
#undang-undang
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan