awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azhar tolak dakwaan berpihak kepada Ahli Parlimen PN

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
12/08/2020
12:10 MYT
Azhar tolak dakwaan berpihak kepada Ahli Parlimen PN
Azhar berkata pihaknya sedang meneliti reformasi institusi Parlimen dan akan meneruskan inisiatif reformasi yang sesuai dengan perancangan yang lebih rapi dan akan menambah baik segala yang didapati perlu. - Gambar fail/Astro AWANI
Datuk Azhar Azizan Harun menolak dakwaan kononnya beliau berpihak kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) pada sesi persidangan Dewan Rakyat.
Speaker Dewan Rakyat itu menjelaskan, beliau hanya menjalankan tugas mengikut kuasa yang diberi demi memastikan Dewan Rakyat dapat berfungsi serta berlangsung dengan baik dan tersusun.
"Saya hanya menjaga masa. Itu sahaja penjelasannya. Saya juga tidak bercakap bagi pihak Menteri Kewangan.
“Saya tidak mahu ia dipolemik dan menjadikan apa yang saya lakukan sebagai polemik. Saya tidak boleh buat itu dan saya tidak akan buat.
"Saya menerima semua kritikan. Apa yang boleh saya lakukan? Ini adalah tugas saya," katanya.
Sebelum ini Azhar dikatakan memihak kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Dalam pada itu, Azhar berkata pihaknya sedang meneliti reformasi institusi Parlimen dan akan meneruskan inisiatif reformasi yang sesuai dengan perancangan yang lebih rapi dan akan menambah baik segala yang didapati perlu.
"Saya ingin melihat kematangan dalam sesi dewan secara berterusan dan saya berterima kasih kepada semua pihak terutama semua ahli Yang Berhormat yang membantu saya melancarkan sidang dewan ini," ujarnya.
Terdahulu, Azhar menyampaikan sumbangan makan tengahari kepada petugas media yang membuat liputan sepanjang sesi perbahasan Dewan Rakyat.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen PN
#Azhar Azizan Harun
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kewangan
#menteri
#Parlimen
#Perikatan Nasional
#rakyat
#Sidang Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan