awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizan stabil selepas jalani pembedahan kaki

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2013
11:13 MYT
Azizan stabil selepas jalani pembedahan kaki
Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah menjalani pembedahan memotong kedua belah kakinya petang semalam dan dilaporkan stabil.
Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan menunjukkan tindak balas positif.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau itu dimasukkan ke hospital itu petang Selasa lalu akibat komplikasi diabetis dan jangkitan kuman pada bahagian kakinya.
Beliau terus menerima kunjungan orang ramai termasuk Menteri Besar Perak , Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang hadir lewat petang tadi.
Zambryyang tiba kira-kira jam 5.30 petang tadi sempat bertemu dan bertanya khabar dengan ahli keluarga Pesuruhjaya PAS Kedah itu sebelum bertolak pulang ke Perak.
Azizan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi pada pilihan raya umum ke 13.
Pas bagaimanapun gagal mempertahankan kuasa pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Topic Berkaitan
#Azizan Abdul Razak
#potong kaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan