NATIONAL
Azmin beri keterangan kepada polis berhubung video intim tular - Peguam

Mohamed Azmin pada Rabu minggu lepas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan seorang individu yang cuba mengaitkannya dengan video seks dengan menyifatkannya sebagai satu rancangan berniat jahat. - Gambar fail
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memberi keterangan kepada polis semalam berkaitan video seks kontroversi yang dikaitkan dengannya.
Peguam Mohamed Azmin, N Surendran berkata Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan mereka.
"Pejabat menteri itu dihubungi polis pada Ahad, 16 Jun, untuk merakam keterangannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.
"Para pelakunya juga mempunyai akses kepada data peribadi anggota parti yang dibocorkan, satu kaedah canggih dan mempunyai agenda politik yang jelas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Azmin pada Rabu minggu lepas menafikan sekeras-kerasnya dakwaan seorang individu yang cuba mengaitkannya dengan video seks dengan menyifatkannya sebagai satu rancangan berniat jahat untuk merosakkan nama baik dan karakter beliau untuk merosakkan karier politiknya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami