Persoalan sama ada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan kekal dengan jawatan Menteri Besar Selangor, atau beliau akan menyertai jemaah Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad akan terjawab esok.
Ketika ditemui media di luar Istana Kayangan, Shah Alam, Azmin berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah selama hampir dua jam, di mana beliau menyampaikan perkembangan terkini, termasuk pertemuannya dengan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.
“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dan positif. Tuanku telah menitahkan bahawa esok pagi, jam 9 pagi, Istana akan mengeluarkan kenyataan rasmi,” katanya lagi.
Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, baru-baru ini dinamakan Dr Mahathir sebagai ahli Jemaah Kabinet yang baharu, dan bakal memegang portfolio Hal Ehwal Ekonomi.
BACA: PM umum 9 lagi menteri Kabinet, Azmin, Maszlee Malik antara tersenarai
BACA: Sedia lepas jawatan MB, Azmin fokus pembangunan demi rakyat
BACA: Amirudin ganti Azmin di Selangor?
Media melaporkan, antara calon yang berpotensi untuk menggantikan beliau ialah ADUN Sungai Tua, Amirudin Shari, ADUN Seri Setia, Profesor Shaharuddin Baharuddin, dan ADUN Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei yang juga merupakan setiausaha politik Azmin.
Firdaus Azil
Sun May 20 2018
AZMIN: Majlis berjalan dengan baik dan positif. - Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
MB: 'Tunggu istana umum' - Amirudin
Sebarang pengumuman berkaitan Menteri Besar Selangor ke-17 yang baharu hanya akan dikeluarkan pihak Istana.
Menteri Besar Selangor angkat sumpah selewatnya Isnin depan?
Masa yang panjang untuk mengangkat sumpah diperlukan bagi memberi ruang kepada Istana Selangor membuat persiapan sewajarnya.
Sanusi utus surat kepada Sultan Selangor, mohon ampun
Beliau juga memberi keterangan kepada pegawai penyiasat dari Bukit Aman pada jam 2 pagi Jumaat untuk melengkapkan siasatan.
Raja-raja Melayu bersidang di Istana Negara esok
Majlis Raja-raja Melayu dijadualkan akan mengadakan mesyuarat khas/tergempar di Istana Negara, sebelum solat Jumaat esok.
Sultan Selangor berkenan terima pemulangan darjah kebesaran Tun M, Tun Siti
Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata Sultan Selangor berkenan menerima pemulangan pingat tanpa sebarang halangan.
Tun M pulangkan pingat sebelum Sultan Selangor tarik balik gelaran
Kenapa Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan pingat kepada Sultan Selangor?
Sultan Selangor dijangka pulang ke tanah air 23 Ogos
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka memendekkan percutian luar negaranya dan akan kembali ke tanah air pada 23 Ogos ini.