awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bacaan qunut nazilah tidak harus melencong daripada tujuan asal

Bernama
Bernama
19/07/2024
16:37 MYT
Bacaan qunut nazilah tidak harus melencong daripada tujuan asal
Bacaan qunut nazilah tidak seharusnya melencong daripada tujuan asalnya, menurut Pensyarah UIAM Dr Abu Hafiz Salleh Hudin. - Gambar fail/X @abuhafiz1
KUALA LUMPUR: Bacaan qunut nazilah tidak seharusnya melencong daripada tujuan asalnya, menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.
Beliau berkata para ulama membincangkan bahawa qunut nazilah dibacakan ke atas musuh Islam dalam keadaan bencana atau perang seperti yang berlaku di Gaza.
"Ketika doa qunut nazilah dibaca di Parlimen selepas penggantungan Ahli Parlimen Machang, siapakah ditujukan doa itu? Adakah ingin ditujukan sesama Muslim.
"Muslim lain musuh Islam? Maka persoalan ini yang membawa kebimbangan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, dilaporkan Ahli Parlimen pembangkang membuat bacaan qunut nazilah dipimpin Ahli Parlimen Jasin Zulkilfli Ismail selepas Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Abu Hafiz yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Qur'an dan Sunnah, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM berkata perbuatan Ahli Parlimen pembangkang itu perlu dipandang serius mengambil kira kesannya kepada masyarakat.
Bekas Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata semua pihak sepatutnya merujuk kepada ulama bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan qunut nazilah supaya ia tidak melencong daripada tujuan sebenar.
Beliau berkata qunut nazilah digunakan ketika adanya peperangan seperti pada zaman Rasulullah SAW bagi menentang kaum kafir yang ingin menghancurkan Islam ketika itu.
"Apa yang dilakukan (di Parlimen) tidak mengikut sunah, kalau ikut sunah barulah dapat ganjaran (pahala)," katanya.
Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Amidi Abdul Manan dalam kenyataan berkata menyamakan persaingan politik antara parti dengan perseteruan Rasulullah SAW dan umat Islam dengan musyrikin Makkah adalah ketaksuban sempit kepartian.
"Agama Islam seharusnya menjadi landasan dalam berpolitik bukan sahaja dari sudut akidah dan syariah tetapi juga ahlak mahmudah (mulia) yang perlu diamalkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bacaan qunut nazilah
#Dr Abu Hafiz Salleh Hudin
#tujuan asal
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan