KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendesak satu badan bebas menyiasat kontroversi berkait pemilikan saham dengan jumlah melampau oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Dalam tempoh siasatan itu berjalan, PH mendesak supaya Azam serta Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang direhatkan.
Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu membuka kertas siasatan untuk menyiasat sekiranya telah berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, seperti yang telah didakwa pelbagai pihak.
"Kami tidak dapat menerima kenyataan Ketua Pesuruhjaya dan Pengerusi LPPR semalam (Rabu), oleh kerana kenyataan Ketua Pesuruhjaya menunjukkan kemungkinan telah berlaku pelanggaran undang-undang dan percanggahan kepentingan (conflict of interest) melibatkan akaun saham beliau yang diguna untuk membeli berjuta saham bagi pihak adiknya.
"Ini melibatkan undang-undang khususnya Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, yang boleh didenda RM3 juta atau dihukum penjara 10 tahun jika didapati bersalah, serta isu punca dana yang telah diguna untuk pembelian jutaan saham ini.
"Pengerusi LPPR pula dengan begitu mudah mengiakan penjelasan tersebut, walaupun seharusnya siasatan yang lebih terbuka dan menyeluruh dilakukan, kerana melibatkan dakwaan pembelian saham bernilai jutaan ringgit di dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
"Malah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa ianya akan mendapatkan penjelasan dari beberapa pihak termasuk Azam Baki tentang perkara ini demi mengekalkan keyakinan pelabur asing terhadap pasaran dana di Malaysia," memetik kenyataan yang dikeluarkan Majlis itu hari ini.
BACA: Dakwaan terhadap Azam Baki: Pemilikan saham penjawat awam? Ini yang anda perlu tahu
SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI
Selain itu, Majlis Presiden PH berpandangan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi boleh berdiam diri.
"Selaku Ketua Majlis (Parlimen), beliau harus memanggil sidang Parlimen khas bagi menjelaskan keadaan sebenar berhubung isu saham Azam Baki.
"Beliau juga perlu memberi penjelasan bagaimana pengurusan dan pentadbiran SPRM telah menjadi rosak sehingga boleh berlaku kes-kes yang meranapkan imej institusi, termasuk kecurian RM25 juta wang kes Datuk Hasanah Abdul Hamid dan rompakan RM700,000 oleh pegawai-pegawai SPRM," jelas PH.
Justeru, Majlis Presiden PH mengulangi pendirian bahawa siasatan penuh perlu dilakukan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM terhadap bukan sahaja Ketua Pesuruhjaya sedia ada, malah terhadap Ketua-Ketua Pesuruhjaya yang telah berkhidmat sebelum ini.
Astro Awani
Fri Jan 07 2022

Dalam tempoh siasatan itu berjalan, PH mendesak supaya Azam serta Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang direhatkan. - Foto Fail/JAPEN

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap i atau II - MB
Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral

Gaji rendah punca kekurangan pekerja di restoran
Ramai anak muda lepasan SPM, diploma dan ijazah menganggur, tetapi pada masa sama, banyak industri dilaporkan tidak cukup pekerja.

Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ekonomi dan politik dunia menghadapi pasca pandemik yang kompleks, selain persaingan antara kuasa besar dunia.

Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

SPRM: Institusi kewangan diseru salur maklumat transaksi mencurigakan
Institusi kewangan perlu menyalurkan maklumat kepada SPRM sekiranya terdapat kemasukan wang dalam jumlah yang banyak serta mencurigakan bagi menangani jenayah rasuah di negara ini.

RM5.1 bilion aset lucut hak pulang ke Malaysia, 99.57 peratus berkaitan 1MDB
Siasatan SPRM juga telah membawa 152 kes pelucuthakan harta dikendalikan di mahkamah dengan 121 daripadanya telah selesai.

Astro AWANI menang Anugerah Media SPRM 2021
Kemenangan menerusi artikel bertajuk 'Rasuah terapung di tengah laut'.

SPRM sangkal dakwaan kes salah guna kuasa tiga pegawai Mara Corp akan digugur
Ketua Pesuruhjaya SPRM menyangkal dakwaan sebuah portal kononnya kes salah guna kuasa membabitkan tiga pegawai Mara Corp akan digugurkan.

SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19
Azam berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.

SPRM siasat perolehan berkaitan COVID-19 - Azam Baki
Azam berkata, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

SPRM buka 379 kertas siasatan, tahan 425 individu setakat April tahun ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 379 kertas siasatan dan menahan 425 individu setakat April tahun ini. K

Usaha bawa pulang dana 1MDB belum selesai - Azam Baki
Usaha untuk membawa pulangan setiap sen dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng masih belum selesai.

Koo Ham persoal siasatan ke atas Hakim Mohd Nazlan tanpa syak wasangka
Penyiasatan hanya boleh dimulakan sekiranya wujud syak wasangka atau maklumat yang diterima bahawa suatu kesalahan telah dilakukan.

Rasuah institusi automatif: Pelbagai aspek disiasat SPRM
Siasatan itu termasuk membuat siasatan forensik terhadap akaun syarikat yang terlibat di dalam kes berkenaan.