awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan letih dan tak bermaya? 1 Julai ini pusat urut dan spa kembali dibuka

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/06/2020
08:14 MYT
Badan letih dan tak bermaya? 1 Julai ini pusat urut dan spa kembali dibuka
Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan semula operasi pusat spa, pusat kesihatan dan pusat urut kaki, bagi merancakkan semula kegiatan ekonomi dalam negara ini. - Gambar fail
Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan semula operasi pusat spa, pusat kesihatan dan pusat urut kaki, bagi merancakkan semula kegiatan ekonomi dalam negara ini.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut dibenarkan beroperasi semula di bawah sub-sektor pelancongan itu ialah Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions (MICE), dan pameran perdagangan dan pelancongan.
Bagaimanapun, ujar beliau lagi, pihak pengurusan perlu memastikan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan bagi memastikan usaha mengekang penularan COVID-19 berterusan.
“Operasi Spa, Wellness dan Pusat Urut Kaki perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN and KKM seperti pendaftaran dan pemeriksaan suhu badan, pemakaian pelitup muka dan penyediaan hand sanitizer.
Walau bagaimanapun, hanya pekerja warga negara Malaysia sahaja dibenarkan untuk berkerja. Mereka juga perlu menjalani saringan COVID-19 sebelum dibenarkan beroperasi,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Bagi aktiviti MICE, Ahli Parlimen Bera itu berkata, hanya 250 orang dibenarkan pada satu-satu masa, dan semua pengunjung perlu memuat turun aplikasi MySejahtera bagi urusan pendaftaran masuk dan pemantauan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#kementerian pelancongan
#MICE
#MOTAC
#pameran
#pelancongan
#PKP
#PKPP
#SOP
#SPA
#urut
#urut kaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan