KUALA LUMPUR: Terdapat 21,659 peguam yang berpengalaman di Malaysia untuk dipilih oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mewakilinya dalam rayuan terakhir bekas perdana menteri itu bagi kes berkaitan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, kata Badan Peguam Malaysia.
Setiausaha Badan Peguam Malaysia B.Anand Raj dalam afidavit yang difailkan semalam berkata peguam Najib ketika ini, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memiliki lebih banyak pengalaman, dan lebih layak berbanding Jonathan Laidlaw.
Katanya Badan Peguam Malaysia membantah permohonan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom, untuk mewakili Najib dalam rayuannya.
Anand berkata Muhammad Shafee sendiri memiliki pengetahuan dan berpengalaman luas, kerana dia pernah berhujah dalam banyak kes melibatkan peruntukan undang-undang jenayah, dan pertuduhan yang berkaitan dengan rayuan Ahli Parlimen Pekan itu.
"Berdasarkan kenyataan bahawa Muhammad Shafee serta pasukan pembelaan telah terlibat dengan kes itu, dan sudah biasa dengan pertuduhan serta peruntukan berkanun yang terlibat sejak dari permulaan, Badan Peguam Malaysia berpandangan bahawa Muhammad Shafee sendiri mempunyai pengalaman luas dan kelayakan tinggi berhubung isu yang belum selesai dalam rayuan itu, lebih daripada pemohon (Laidlaw)," katanya.
Anand berkata bahawa hanya pada tahun-tahun awal selepas Malaysia mencapai kemerdekaan daripada UK pada 1957 apabila terdapat bilangan peguam tempatan terhad, yang memerlukan bantuan daripada QC dan pakar asing.
"Hari ini pada tahun 2022, yakni 65 tahun selepas merdeka, Badan Peguam Malaysia telah berkembang dengan hebat, secara kuantitatif dan kualitatif. Kami mempunyai 21,659 peguam bela dan peguam cara yang memiliki Sijil Tahunan dan Amalan yang sah pada 27 Jun 2022.
"Ada ramai peguam bela dan peguam cara yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang litigasi pembelaan jenayah sehingga peringkat rayuan tertinggi. Penelitian terhadap kelayakan dan pengalaman pemohon (Laidlaw) seperti yang dinyatakan dalam afidavit itu (oleh Muhammad Shafee) menunjukkan bahawa beliau adalah QC terkemuka di UK dan mempunyai pengalaman yang pelbagai dan luas dalam pelbagai bidang kuasa.
"Beliau bagaimanapun tidak mempunyai kelayakan atau pengalaman khas dalam sistem perundangan Malaysia, sistem jenayah Malaysia dan dalam perundangan lain yang berkaitan yang diperlukan untuk rayuan," katanya.
Anand berkata perkara inilah yang sebenarnya terdapat dalam kalangan peguam bela dan peguam cara peguam jenayah terkemuka di Malaysia.
Beliau seterusnya menambah bahawa Laidlaw tidak menunjukkan beliau biasa dengan statut, amalan dan prosedur tempatan Malaysia yang sedang berkembang, serta sistem perundangannya, 65 tahun selepas Merdeka.
Permohonan untuk mendapatkan khidmat QC akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Julai di hadapan Hakim Ahmad Kamal Md Shahid.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada Ogos ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib kerana menyalah guna RM42 juta dana SRC.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022

Permohonan Najib untuk mendapatkan khidmat QC akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Julai di hadapan Hakim Ahmad Kamal Md Shahid. - Gambar fail

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis siasat dakwaan babitkan Amar Singh
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima laporan polis pada 3.02 petang hari ini.

Kes saman RM1.9 juta: Najib bantah dua peguam wakili Tommy Thomas
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membantah pelantikan dua peguam untuk mewakili Tan Sri Tommy Thomas dalam kes saman RM1.9 juta yang difailkan beliau terhadap bekas Peguam Negara itu.

Rayuan kes SRC: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Firma guaman yang baharu dilantik untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa ia akan menarik diri.

Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.

Najib, Arul Kanda arah pinda laporan akhir audit 1MDB untuk lindungi diri - Saksi
Najib dan Arul Kanda dikatakan telah mengarahkan supaya laporan akhir audit 1MDB dipinda bagi melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah.

Pengurus bank sahkan Shahrir terima cek RM1 juta daripada Najib
Pengurus Ambank Jalan Raja Chulan sahkan cek itu dikeluarkan oleh Najib atas nama Sharir pada 27 Nov 2013.

Peguam tak sihat, rayuan Najib untuk dapatkan dokumen ditangguh
Prosiding rayuan Najib bagi mendapatkan dokumen melibatkan Goldman Sachs dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz ditangguhkan.

Isu LCS: BNS berjaya selamatkan 'projek sakit' zaman Mahathir - Najib
BNS yang kini hangat diperkatakan susulan isu pemerolehan kapal tempur pesisir (LCS) sebenarnya berjaya menyelamatkan 'projek sakit' semasa zaman Tun Mahathir, kata Najib.

Pasukan peguam baharu Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan pada 15 Ogos
Jika mahkamah tetap mahu prosiding rayuan utama diteruskan pada Isnin ini, peguam terlibat tidak mempunyai pilihan selain menarik diri.

Najib nafi terlibat, berpakat 'songlap' dana LCS
Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mengaitkan dirinya dalam isu berkenaan.