Sebuah Badan Penyiasatan Bebas ditubuhkan bagi menyiasat isu gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital, kata Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.
Katanya badan penyiasatan itu menggabungkan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi berkaitan.
Beliau berkata penubuhan badan itu hasil mesyuarat pengurusan tertinggi KKM bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Timbalan Menteri, Hannah Yeoh lewat petang Isnin, bagi membincangkan tindakan wajar diambil.
"Susulan pembongkaran kes ini, lebih ramai pegawai perubatan termasuk pelatih perubatan siswazah tampil membuat aduan yang serupa kepada pejabat Menteri Kesihatan serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui pelbagai saluran.
"KKM menyeru semua mangsa yang menghadapi kekerasan atau gangguan di tempat kerja sama ada dalam bentuk fizikal, lisan, mental atau seksual untuk membuat laporan terus kepada Menteri Kesihatan di alamat e-mel [email protected].," katanya dalam satu kenyataan Isnin malam.
Menegaskan bahawa KKM memandang serius isu berkenaan, Dr Dzulkefly berkata KKM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan itu.
Pada Ahad, laporan muka depan akhbar The Star bertajuk "A sex predator is in the house" menyebut terdapat seorang Ketua Jabatan Ortopedik di sebuah hospital KKM di Lembah Klang, beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di bawah seliaan beliau. -- Bernama
Bernama
Mon Jul 30 2018
Sebelum ini, dilaporkan seorang Ketua Jabatan Ortopedik di sebuah hospital KKM di Lembah Klang, telah beberapa kali membuat gangguan seksual terhadap beberapa Pegawai Perubatan Siswazah di bawah seliaan beliau. - Gambar hiasan
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan
Tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.
Korea Selatan gantung lesen doktor pelatih lancar mogok
KOREA Selatan akan menggantung lesen doktor pelatih yang melancarkan mogok sebagai hukuman.
Korea Selatan: Mogok doktor pelatih, kerajaan mula ambil tindakan
Menteri Kesihatan Korea Selatan berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan "mogok secara haram- dan mengingkari arahan.
Kuota tambahan 2,000 pelajar perubatan langkah penting - Presiden Korea Selatan
Presiden Korea Selatan berkata rancangan kerajaan untuk menaikkan kuota bagi sekolah perubatan sebanyak 2,000 merupakan "langkah minimum yang diperlukan" bertujuan menangani kekurangan doktor.
Korea Selatan: Pesakit kecewa perkhidmatan kesihatan terjejas ekoran doktor pelatih enggan bekerja
Pesakit di Korea Selatan menyatakan kekecewaan apabila doktor pelatih hospital umum di Seoul dan tempat lain tidak bertugas buat hari kedua.
Lebih 6,400 doktor pelatih di Korea Selatan letak jawatan
Lebih 6,400 doktor pelatih telah mengemukakan peletakan jawatan mereka bagi membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelajar perubatan, kata pegawai kerajaan pada Selasa.
Lebih 14,000 lepasan ILKKM diserap dalam perkhidmatan - Dr Zaliha
Sebanyak 14,619 lepasan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) telah diserap ke dalam perkhidmatan sejak 2018 hingga Jun tahun ini.
Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.
Tiada SOP buka ruang budaya buli doktor pelatih
MSOSH menyifatkan isu berkenaan timbul kerana ketiadaan garis panduan rasmi dalam melatih doktor pelatih.
TPR tentukan inkues doktor pelatih maut jatuh bangunan - Polis
Pelaksanaan inkues terhadap kes doktor pelatih maut akibat terjatuh dari unit kediamannya akan ditentukan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).