awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik

Bernama
Bernama
21/03/2024
09:55 MYT
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan berusia 30-an itu semalam berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana pada 8 pagi. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini pagi semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan berusia 30-an itu semalam berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana pada 8 pagi.
Beliau berkata pemeriksaan polis mendapati bagasi itu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 dan dipercayai tulen, bagaimanapun polis akan mendapatkan pengesahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurut Hussein, pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu, namun tidak meliputi lokasi bagasi ditemukan.
"Susulan itu, kita membuka kertas enkuiri polis berkaitan penemuan wang berkenaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Hussien meminta mana-mana individu yang tertinggal bagasi berisi wang berkenaan tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-7966 2222 dengan membawa bukti-bukti berkaitan.
"Jika tiada mana-mana kndividu yang menuntut wang ini, kita akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#pengawal keselamatan
#bagasi berisi wang
#Damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan