awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baham ternakan sejak awal tahun, harimau kumbang akhirnya masuk perangkap

Bernama
Bernama
05/08/2025
07:00 MYT
Baham ternakan sejak awal tahun, harimau kumbang akhirnya masuk perangkap
Harimau kumbang itu dianggarkan berusia tujuh tahun dan seberat kira-kira 50 kilogram. - Gambar/ Sinar Harian
IPOH: Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap di Kampung Jalong, Sungai Siput, semalam selepas dipercayai membaham ternakan penduduk sebagai sejak Februari lepas.

Ringkasan AI
  • Seekor harimau kumbang jantan seberat 50 kilogram berjaya ditangkap oleh Perhilitan di Kampung Jalong, Sungai Siput selepas dipercayai membaham ternakan penduduk sejak Februari.
  • Haiwan itu akan dilepaskan semula ke habitat asal yang sesuai, dan penduduk dinasihatkan agar segera melaporkan sebarang jejak haiwan buas kepada pihak berkuasa.
  • Kes ini merupakan tangkapan kedua harimau kumbang di kawasan Jalong selepas insiden serupa dilaporkan pada Julai tahun lepas.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata mamalia itu dianggarkan berusia tujuh tahun dan seberat kira-kira 50 kilogram.
"Sejak Februari lepas penduduk telah membuat aduan mengenai kehilangan haiwan ternakan mereka, jadi sejak itu kita (Perhilitan) memasang perangkap dan harimau kumbang itu hanya berjaya ditangkap semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata harimau kumbang itu akan dibawa dan dilepaskan ke habitat asal yang sesuai.
Yusoff turut menasihati penduduk supaya segera melaporkan kepada Perhilitan jika terdapat jejak haiwan buas supaya tindakan segera boleh diambil.
Sebelum ini dilaporkan seekor harimau kumbang berjaya ditangkap di Ladang Jalong, Sungai Siput pada Julai tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau kumbang
#baham ternakan
#Sungai Siput
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan