KUALA LUMPUR: Langkah berani yang diambil oleh kerajaan untuk menggunakan bahasa Melayu bagi setiap urusan rasmi kerajaan termasuk semasa lawatan kerja di luar negara, bukan langkah yang terkebelakang, sebaliknya usaha yang bersungguh-sungguh untuk memartabatkan semula bahasa Melayu.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata pihaknya tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah kerana seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kecanggihan teknologi ketika ini tidak menghalang untuk bahasa diterjemahkan dalam tempoh yang singkat.
"Jika negara lain boleh melakukannya, mengapa kita perlu banyak alasan untuk melaksanakannya? Cuepacs berharap kerajaan bertegas dalam melaksanakan cadangan ini terutamanya melibatkan urusan rasmi di dalam negara sendiri.
"Penggunaan bahasa Melayu dalam apa jua urusan rasmi kerajaan di dalam negara wajar dilakukan terlebih dahulu sekiranya mahu ia dilaksanakan secara meluas di luar negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ini kerana ketika ini masih banyak agensi kerajaan yang menganjurkan majlis tetapi tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian dan perkara tersebut juga wajar diperluaskan di badan-badan berkanun Persekutuan dan negeri.
BACA: Malaysia guna Bahasa Melayu untuk setiap urusan rasmi negara - PM
Semalam, Ismail Sabri dalam lawatannya ke Thailand berkata Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi termasuk pada mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Adnan berkata pihaknya tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah kerana seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, kecanggihan teknologi ketika ini tidak menghalang untuk bahasa diterjemahkan dalam tempoh yang singkat. - Foto BERNAMA
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Inisiatif merakyat sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada PM - ITBM
Empat inisiatif bagi merakyatkan sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada Perdana Menteri bagi memohon pandangan dan kelulusan bagi pelaksanaannya.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Isu kekuatan ekonomi akan jadi tumpuan khusus kerajaan pada 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kestabilan politik negara yang ada ketika ini memudahkan kerajaan memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN
Proses saringan dilakukan antaranya ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.
'Di mana yang tidak Melayunya?', soal PM Anwar
Perdana Menteri menyanggah dakwaan sesetengah pihak, terutamanya daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan kepada orang Melayu.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
KPT ambil langkah serius jadikan bahasa Melayu agenda penting pendidikan tinggi
Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi antara usaha yang dirintis Kementerian Pengajian Tinggi.
Pulang semula surat jika tidak guna Bahasa Kebangsaan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi peringatan kepada jabatan kerajaan agar tidak melayan sebarang surat yang diutus selain daripada Bahasa Kebangsaan.